PERSONA
Untuk mencapai tujuan itu, Comei yang telah kami lantik sebagai chairperson ada menyarankan beberapa perkara di blog beliau.. tapi kali ni izinkan MM berkata-kata.
Pertama sekali yang paling utama ialah kita bertanya pada diri apakah matlamat kewangan kita? Adakah jawapannya.... "Aku ingin menjadi kaya?"
Pada hakikatnya, adakah itu matlamat kewangan sebenar ? Benarkah begitu?
Oleh yang demikian, sebelum melakukan sebarang perancangan kewangan, perkara penting dalam merancang kewangan adalah menetapkan dahulu matlamat kewangan kita sendiri. Selepas itu, barulah disusuli dengan merancang dan seterusnya diikuti dengan perlaksanaan. Sebagai satu contoh matlamat kewangan ialah mengawal perbelanjaan dan membuat simpanan supaya dapat melunaskan pinjaman pembelian perumahan, kereta dan sebagainya. Dalam erti kata lain, anda perlu mengenalpasti dan menentukan matlamat dengan jelas untuk merealisasikan matlamat kewangan yang ingin dicapai itu.
Matlamat kewangan yang dibuat juga mestilah bergantung kepada pelbagai faktor seperti keinginan, umur, kedudukan kewangan dan minat anda.
Contoh-contoh matlamat kewangan
*Mengawal wang anda supaya mempunyai lebihan setiap bulan (Positive Cashflow)
*Membayar hutang
*Mempunyai simpanan untuk digunakan sewaktu kecemasan seperti kereta rosak atau masalah kesihatan
*Membeli rumah
*Membeli kereta
*Simpanan untuk persaraan
*Membeli barang-barang berharga seperti peralatan elektrik yang mahal
*Pergi bercuti; dan sebagainya
Maka, seharusnya setiap matlamat kewangan yang kita tetapkan, pastikan ia akan merangkumi faktor-faktor…
KHUSUS : Nyatakan dgn khusus contohnya ...
"Aku ingin membeli Mercz. BMW..."
"Aku nak kawin dengan memberi hantaran kpd bakal bini aku sebanyak RM48,000.00"
"Aku nak kawin lagi satu dengan minah yang lagi cun macam Aisywarya Rai"
BOLEH DINILAI
Maksudnya sesuatu matlamat kewangan itu dapat ditetapkan dgn nilai wang.. contoh :
"Aku nak beli rumah banglo 5 tingkat dengan harga RM500k" bukan sekadar ..
"Aku nak beli rumah..." rumah apa? rumah kotak empat segi pun boleh dipanggil rumah.
so di sini kita boleh letakkan RM500k sbg ukuran untuk dicapai.
BOLEH DICAPAI :
Sesuatau matlamat yg ditetapkan itu mestilah boleh dicapai.. contoh..
"Mulai sekarang aku nak meningkatkan kerajinan aku untuk mengumpul duit sebanyak RM500k selama 4 tahun untuk beli rumah banglo 5 tingkat itu"
Maknanya di sini, letakkan komitment diri sendiri sebanyak :
usia sebelum 40 : 3 tahun lagi = 3 x 12 = 36 bulan
wang perlu dikumpul = RM500,000.00 = RM500k/36
sebulan perlu dikumpul = RM13,888.00 (misalnya la... )
Bukan sekadar “menunggu bulan jatuh ke riba” atau “yang kering terbang melayang-layang, yang bulat datang bergolek-golek” kepada kita….
Ingat!!! Tidak semua manusia di dunia ini yang berjaya dengan berpandukan kepada nasib semata-mata tanpa berusaha.
REALISTIK :
Sesuatu matlamat kewangan yang kita tetapkan itu juga mestilah realistic, berkait dengan diri sendiri. Sebagai contoh :
“Mulai sekarang aku akan meningkatkan tahap kewangan aku sebanyak RM3,200 sebulan selama 9 tahun untuk membeli & membuat bayaran bulanan kereta BMW berharga RM350,000”.
TEMPOH MASA TAMAT :
Sesuatu matlamat kewangan yang kita tetapkan itu mestilah mempunyai tempoh masa tertentu. Ok yg ni dah ok dah...( kempen HCMB40).. bermakna tempoh tamat sasaran ialah pada tahun 2012.
Bagaimanapun jangan lupa matlamat jangka masa pendek seperti Matlamat yg boleh dicapai dalam masa seminggu atau beberapa bulan, tetapi tidak lebih daripada setahun. Contohnya seperti ingin membeli pakaian baru, nak tukar langsir baru atau menyimpan wang untuk pergi bercuti.
Matlamat jangkamasa sederhana pula adalah matlamat yang boleh dicapai dalam masa setahun sehingga 5 tahun, seperti membayar hutang atau membeli kereta (kereta ini bergantung kepada jenis kereta dan tempoh bayaran ansuran bulanan. Tempoh bayaran ansuran bulanan maksimum adalah 9 tahun, maka jika panjang jangka masa sehingga 9 tahun. Maka, boleh letakkan ia sebagai matlamat jangka masa panjang)
Matlamat jangkamasa panjang boleh dicapai dalam masa 5 tahun atau lebih, seperti membeli rumah, menyimpan wang untuk hari persaraan dan mempunyai simpanan wang yang mencukupi untuk menghantar anak anda ke kolej atau universiti.
Kita mungkin mempunyai ketiga-tiga matlamat di atas, tetapi pastikan ianya mempunyai factor-faktor realistik. Sasaran yang terlalu tinggi mungkin akan mengecewakan dan menyebabkan kita mengabaikan terus matlamat itu. Hakikatnya bahawa sesuatu matlamat yang kabur pula tidak akan memotivasikan kita.
Matlamat yang tidak fleksibel pula sukar untuk dicapai terutamanya dalam keadaan terdesak. Biar apapun matlamat kewangan yang dibuat, pastikan kita mempunyai sedikit kelonggaran untuk membuat perubahan yang perlu. Senaraikan matlamat mengikut keutamaan dan kepentingan untuk diri sendiri dan keluarga... jangan pulak kerana nak capai sangat matlamat tu kita sampai jadi macam UNCLE SCROOGE, orang tua kedekut dlm movie yg aku tonton malam tadi.. A CHRISTMAS CAROL... huhu... kelakar la Uncle tu.. ngantuk2 pun aku tengok bahana nak melayan Ain dan IRP...
menulis mmg mudah...tapi melaksanakannya....???????
ReplyDeleteya betul le tu... aku pun tak mampu melaksanakannya.. just want to share idea with other people out there.. tak de maksud apa2 di baliknya. tidak dituju pd sesiapa secara khusus.
ReplyDeletemungkin ada idea2 lain dari all readers.. dialu-alukan...
ReplyDeleteanonymous Sr.
ReplyDeletewell..well..well..wild west...
pada aku dengan menulis tu kita dah berniat, bila berniat, akan di lakukan.... bila dah di lakukan, akan berjaya...
macam kita nak solat, bila kita berdetik sahaja nak solat dah di kira pahala..berdetik itu adalah niat kita....
bila kita melakukannya (solat) kita akan mendapat pahala lg bnyk, kalau kita berjemaah gandaan pahalanya lg banyak...tapi semua itu haruslah mengikut rukun dan tertibnya...walaupun solat kita tak khusyuk tapi kita tidak mendapat dosa meninggalkannya...
tepuk dada tanya diri apa maksudnya...
DUIT...Doa, Usaha, Ikhtiar, Tawakal
HKL-40!!!!!! tungguuuuuuuu.....
aku setuju dgn hujah2 yg bernas ko ni.. dan aku percaya ko akan berjaya dgn misi HKL40 ni.. but aku rasa pun bukan HKL tp HKB40. B=before.
ReplyDeleteInsyaAllah.. amin.
Sengaja aku bg contoh figure2 yg besar dlm entry aku tu, sebenarnya itu ikut target masing2.. Setiap org targetnya berbeza2.. kalau aku pun takde la berangan yg tak tercapai akalku.. cukup la kiranya after 40 tu aku mampu hidup dgn tenang, senang... lepas tu boleh bwk IRP second honeymoon kami guna duit aku.. atau boleh jln2 dgn kengkawan gi melancong ke. Ha kan itu pun dh cukup menyeronokkan.
amin bokde.....
ReplyDeleteagak2 aku masuk tak list kengkawan yg ko nak ajak melancong?...
tumpukan pada sesuatu benda dulu, dah ok barulah tumpukan pada benda lain...insyaAllah berjaya....
aku dpt rasa bio-asli ko tu kalau ko buat betul2 akan berjaya...kita anggap mcm main pipe line, kalau satu main pipe line sahaja pendapatan tak akan bnyk tapi bila kita buat branches dr main pipe line tu sure pendapatan akan berlipat ganda