Lupa nak jenguk blog resepi sebelum keluar nyoping tadi, ironinya tak jadi nak buat durian crepe sebagaimana diangankan.. cuba la uollz buat, sedap tau - (tapi jgn la percaya sgt sbb I blom pernah makan waima hanya sekali pun, selalu hanya nampak member2 masak je..:D ).
*"ironi", "waima" - perkataan2 yg my fren elergi mendengarnya...:D... dia kata ngada2... kan byk lg perkataan2 dlm kamus dewan yg senang orang nak faham.
Ya lah, ya lahhh.... apa-apa je lah. Kendatipun kau elergi, bahasa jiwa bangsa, tak akan Melayu hilang di dunia wahai Jebat!.
Usai memenuhkan troli dengan barang-barang dapur tadi, aku meninggalkan IRP yg sedang menunggu giliran di kaunter.
Sedang ku ralit membelek baju polos unggu di kedai baju berdekatan, tetiba telefon berbunyi..
"I dah kat tempat parking ni". Suara IRP di hujung talian.
Enggan membiarkan suamiku menunggu lebih lama di parkir, maka aku pun membayar baju ini di kaunter dengan sepantas kilat.
Usai memasak, aku mencuba baju yg baru kubeli ini... IRP memandang aku terkesima.. "cantik!" pujinya. (tapi bukan itu topik penting yg ingin aku war2kan pada dunia, sudah lumrahnya suami akan melihat isteri dlm keadaan cantik biar apa pun bentuk isteri itu).
"Alamak!. Gatal la baju ni!!!". Tergaru2 wanita ini di hadapan suaminya. Itu la masalah yg ingin aku ceritakan pada anda semua. Moral of the story mencuba pakai sebelum membeli adalah amat penting.
Bagaimanapun... semuanya akan dapat diatasi apabila :-
1). Pakai inner (ya, sib baik ada byk inner lengan panjang kat rumah ni, ternyata dah tak gatal lagi, selesa).
2). Memulangkan baju itu dan ganti lain.
3). Jangan beli.
p/s : Songket2 tiruan pun akan gatal dipakai bila dijahit tanpa lining. Uollz pernah terbeli baju gatal?
Nota :. Baju2 gatal ni semua hilang gatal dia bila dibawa ke negara beriklim sejuk. Dasyat kan.. baju pun dah pandai nak "menggatal". Nak kena merentas benua baru dia behave.
Belum pernah terbeli baju gatal waima baju tak selesa sekarang nih...Sebab dengan fizikal sekarang hhehehe memang wajib try baju sebelom beli.
ReplyDeletekan JS kan...
Deletepatutnya I pun kena mcm tu.
bahasa betol word2 kt entri akak..hehe..akak try la basuh baju tu dlu kot2 pasni xgatal daa, bju bru kan slalu cmtu..nmpak materialnya cam elok je :)
ReplyDeleteMila - nt akak cuba basuh, thanks for the idea..tp kalau ikut pada material dia, benang2 bahagian dlm baju tu mmg kasar, tu kot agaknya yg buat dia gatal. Kalau mcm tu keadaannya, basuh 10 kali pun akan ttp gatal. :(
DeleteWah, tahniah anda bijak menggunakan perkataan anda dgn tepat kosa katanya dengan struktur ayat..hehe, hebat tak ayat? Saja nk bsaing2 sgn entry sam ni..rasaya penah saya ada pglaman gini, last2 bju tu anak buah saya mitak, bg je la.
ReplyDeleteHahaha Aisy... saya sebenarnya amat dhaif dlm ilmu tatabahasa dan sekadar ingin mencuba.
Delete*pasti cantik "baju gatal" yg U beli tu hingga anak buah berkenan plak.
beli baju gatal tak pernah..jahit baju sendiri pastu jadik gatal pernah la...
ReplyDeletekat umah takde mesin jahit tepi..sbb malas nak hanto ke kedai..saya lilinkan aje tepi tepi kain tu...bila pakai gatal kena tepi kain yg dibakat pakai lilin tu... :)
ReplyDeleteOh kalau Kak Mirror pulak tak bakar tapi lipat kain tu ke dlm dan jahit jelujur dgn tangan sampai habis satu baju. Insyaallah jimat dan tak gatal.
Deleteadoih...memerlukan kerajinan tahap A+ tu...
DeleteHahaha... memang la.. tapi kalau setakat baju bebudak yg comel2 tu, tak de la penat sgt kan.
Deletemaybe fabrik material tu tak sesuai dgn kulit u kot. cuba try basuh baju tu beberapa kali baru dipakai.. maybe kain dia akan lembut sikit kan
ReplyDeleteTak Eny, benang jahitan dlm dia mmg kasar mcm guni..
Deletesalam ms mirror..indahnya bahasa kita kan, terbiau buai bila membacanya, cam org dedolu bila cakap, penuh seni dalam maknanya, baju gatai..alamak seram gak tu sbb teringat de satu artikel kt FB, de org kat oberc beli bra, x basuh dulu, pakai then nenen dia ada ulat..betoi ni, tapi x lupa artikel tu kt mane, kalau rajim ms mirror tanya pakcik google k..tata
ReplyDeleteYa SM... org2 zmn dulu bila berbicara indah bahasanya, berpantun seloka..
DeleteOh artikel psl bra tu, I pernah dpt dan sgt geli geleman SM... bulat2 ulat dia kannn... hee yulk!.
sgt elergi dengan perkataan 'HUTANG'... lari tajuk ker? hehehehhehe
ReplyDeleteSesiapa pun pasti akan elergi dgn perkataan itu En. Zul.
Delete*Mujur ada perkataan "elergi" - belum lari tajuk sgt.
x kot hehe
ReplyDeleteApa entry malam ni MM?
ReplyDeleteJS - Mlm ni takde entry. Tuan blog tgh busy..
Delete