Thursday, August 28, 2025

Melawat Kawan Sakit

“I will never forget those who came with a lamp when I was in the dark!.”.   Maka sesibuk apa pun, kami usahakan untuk melawat beliau yang baru sahaja selesai menjalani pembedahan di telinga disebabkan ketumbuhan.  Sebelum tahu punca sebenar, simptom awal yang dialami adalah kerap pening kepala dan muntah-muntah setiap kali naik kereta.    



Perjalanan pagi dimulakan dengan pemandangan yang menarik, hamparan pelangi melintang di langit. Cuaca mendung begini mungkin bagi sesetengah orang menghadirkan rasa sayu, tapi bagi ai pula ia memberi ketenangan yang lain. Benar, mendung kadang membuat hati teringat pada arwah ibu… namun berada di overseas menjadikan rasa itu bertukar versi, bukan sedih yang menekan, tapi lebih kepada rindu yang mendamaikan.




Jadi, kepada yang suka bersayu pilu ketika mendung, usah la bermuram durja, kerana ia ada expired date dia, sampai waktu Allah akan tarik semua itu jika Dia berkehendak. 


Sebelum ke rumahnya kami breakfast di Canningvale Market.  Sekali jalan, belilah juga beberapa buah tangan untuk dibawa sebagai tanda ingatan.  Nasib baik Pakcik dari Cocos Island ni ada jual kuih muih antaranya karipap dan cream puff.





Sampai di rumahnya, disambut mesra oleh suaminya.  Agak terkejut sebenarnya. Ingatkan kawan ai masih lemah selepas operasi, rupanya siap masak-masak! Macam-macam hidangan tersedia, bakso panas, bakwan rangup, sampai pisang goreng pun ada.  Masya Allah! Sakit-sakit pun tetap bersemangat melayan tetamu.

Semoga beliau diberikan kesembuhan yang sempurna, dipermudahkan segala urusan, dan sentiasa dalam lindungan Allah.  Aamiin.


4 comments:

  1. Kuatnya kawan akak..semoga beliau diberi kesembuhan....kuat semangat hadapi dugaan sakit ni...

    ReplyDelete
  2. Uwaaah menunyaaaa . Teman kakak orang Indonesia kah? Sebab sebutnya bakwan 🤭. Cepat pulihnya beliau yaaa. Semoga selepas operasi, baik2 saja kedepannya

    ReplyDelete
  3. hebat kawanmu kak...dia tak layan sakitnya. kalau ammi, luka kena pisau pun boleh buat tak masuk dapo 3-4 hari

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.