Assalamualaikum dan selamat menyambut Hari Merdeka ke-68!
Minggu ni penuh dengan jemputan daripada sahabat-sahabat di Malaysia. Jadi anak sulung ai pun mengambil peluang ini mengikut balik ke tanahair sebab salah seorang rakan ex-MRSM beliau melangsungkan pernikahan. Dalam masa yang sama, bestie Mama pula terima menantu. MasyaAllah, double happiness! Tahniah buat kedua-duanya!.
(Oh ya, untuk rakan-rakan Indo yang mungkin tertanya-tanya, “jemputan” ni sama maksud dengan kondangan).
Mestilah kami semua teruja nak bertemu kawan-kawan. Tapi sebaik saja menjejakkan kaki ke Malaysia, masing-masing pula mula tak sihat. Ada yang sakit badan, ada yang demam, mungkin sebab terlalu letih. Sampai tikar zam-zam ala kazam pun macam turut penat ikut kami berlari ke sana sini 😅
Jadi sebelum melangkah ke majlis wedding, usaha terakhir ialah spa dulu.
Masuk je spa ni, terus rasa macam ditarik keluar dari dunia kesibukan. Bau aroma terapi semerbak, lampu malap ala-ala mood lighting… terus rasa nak tidur. Kami pilih pakej urutan full body dengan sedikit reflexology. Urutannya memang kena gaya, cukup lembut tapi tetap terasa lega sampai ke tulang belakang.
Kami pegi dah lambat dekat2 maghrib, sebab tak madan sakit, pegi merayau ke IOI. Jadi dlm pada tengah berurut, in between tu siap minta izin solat walau pun badan berlumur dgn minyak serai 😅. Mujurlah masih ada wuduq. Oh ya, tempat wuduq disediakan, dan ianya bersih serta selesa kalau U guys dah terbatal. Don’t worry.
Selesai semua sessi termasuk free urutan muka dan facial, disajikan teh panas, memang lengkap pakej recharge. Lepas sejam lebih diurut dan sauna terasa badan ringan semula, wajah pun kembali berseri. Senang cerita, spa ni jadi penyelamat mood sebelum kami berjumpa kawan2.
Esoknya bangun pagi terus rasa segar… atas izin-Nya. Alhamdulillah. Maka dapatlah kami ke wedding dengan wajah yang ceria dan friendly, kalau tak.. mulut pun terkunci sebab melayan penat sampai tak mampu nak berkata2.
Lokasi : Kakak Urut, Putrajaya
p/s. : Ai suka pegi spa begini sebab mereka tak sesuka hati diagnose kita kata badan sakit sebab gara2 “Mak Esah” (orang sihir). Ada kan yang macam tu?. Kita dengar pun jadi turn off nak pegi lagi. Haha.
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-68!
ReplyDeletesetakat ni blm pernah gi massage dia kata kena gangguan mak esah (kesian sapa yg namanya esah haha). biasanya kata "angin".... sila kurangkan cafeine huhu
ReplyDeleteBestnya kalau dapat urut2 mcm ni...
ReplyDeleteKalo istilah jemputan saya paham, sebab dulu zaman kuliah di Penang, banyak dengar istilah ini, dan dijelaskan oleh teman Melayu 😅😁.
ReplyDeleteBtw, jangan sampai suami saya tahu tempat spa ini, sebab dia sukaaaa sangat dipijat 🤣. Tapi pastinya dengan pemijat lelaki juga. Sementara saya tak sukaaa samasekali dipijat hahahaha. Soalnya saya mudah geli kak.
Zaman dating Ama suami, saya seriiing diajak dia ke tempat refleksi kaki. Untuk pijat kaki. Cuma saya rasanya 1-1 nya customer yg dipijat sambil tertawa tawa 🤣🤣🤣. Saking gelinya 😂