Assalamualaikum uollz!
Alhamdulillah, jumpa lagi satu port halal yang best di Perth.. Krunch and Munch Cafe! Suasana dia cozy, memang sesuai untuk seisi keluarga. Ai rasa kedai ni dah viral di kalangan muslimin dan muslimat sebab waktu kami datang dah penuh, dipenuhi wanita-wanita bertudung bersama keluarga masing-masing.
Oleh kerana masih awal pagi, ai order sandwich chicken avocado je, Cik Q pula burger with steak. Ai dengar biryani pun ada tapi itu untuk lunch la kot.
Untuk minuman, Cik Q oder matcha, warna dia calming cute2, sementara ai pula berkongsi English Breakfast tea dengan hubby. Mr Big Boss jr. tiada dalam cerita ini kerana busy ke kelas.
Hubby punya paling sedap walau pun sekadar poached egg, simple tapi elegan. Kewujudan lapisan halus salmon menambah rasa apabila digigit bersama telur separuh masak bersama limpahan hollandaise sauce yang secukup rasa.
Alamat penuh: 36 Welshpool Road, Welshpool WA 6106, senang je nak cari sebab berdekatan dengan sebuah servo besar dekat situ. Kalau anda nak pergi pagi-pagi pun boleh sebab kedai dibuka seawal 6 am waktu weekdays.
Pelbagai pilihan donat.






Selalunya susah nak jumpa tempat halal di Aussie kan kak..tapi alhamdulillah ada juga ..menu sarapan akak nampak sedap tu...SA skrg craving buffet breakfast di hotel...blom ada masa nak staycation ..bulan 9 nanti kot...anniversary kami 1hb
ReplyDeleteSaya sukaaaa lah kalo menemukan tempat halal begini di negara bukan mayoritas muslim. Memang sangat memudahkan jadinya. Walau belum ada plan ke Aussie, tapi jika ke Perth nanti, bolehlah lihat rujukan cafe ini untuk dicoba 😍😍😍.
ReplyDelete