Sunday, August 2, 2026

Healing-healing di Hillarys.

Assalamualaikum guys.  

Sebelum ronda-ronda Hillarys, pagi tu kami singgah sarapan dulu di Morley. Masa keluar dari kereta, anak3 kecoh sesama sendiri, seolah-olah ada kesalahan besar yang ingin disembunyikan dari kami.


“Abah.  Nanti lepas makan, kita singgah kedai spare part ye?. “.  Ujar Ain.

Rupa-rupanya masa mengisi minyak tadi, Mr BBjr lupa nak menutup ketat  fuel cap dan sekarang  ianya dah terbang entah ke mana. 

Mestilah ayah dia pelik kenapa tetiba nak ke kedai spare part  plak kan.  Tapi kadang-kadang, kalau dah buat silap, jangan terus bentangkan masalahnya. Bentangkan sekali jalan penyelesaiannya.  Jadi, kuranglah sikit peluang untuk kena bebel. 😂😂



Nasib baik jumpa kedai ni dekat Morley.  Dapatlah beli fuel cap 20 dollars seketul.


18 C.   Terasa terbang segala masalah duniawi menyedut udara segar tepian laut, melihat kapal-kapal berlabuh.




Walau pun tak banyak pilihan makanan macam di Fremantle, Hillary ni okay je untuk healing2.


Dalam tu banyak kedai-kedai baju dan barang2 antik. Tapi harga tentulah berganda mahal berbanding di tempat lain sebab kawasan pelancongan.  



Masa baru masuk tadi disambut mesra remaja belasan tahun dengan joran di tangan.  Happy semuanya baru balik memancing.  Ramah tamah pulak budak-budak kat Hillarys ni kita pun ikut seronok melihat keterujaan mereka melayan mesra anak2 macam dah kenal lama.  



 

Setelah melihat bangunan ni, baru teringat, ini bukan pertama kali kami ke sini.  Masa budak2 ni kecik, kami pernah masuk atas tu tengok hidupan2 laut.  Patut la Ain kata dia pernah pegi dengan Mama, Mama plak ingat2 lupa. 🤦🏻‍♂️



No comments:

Post a Comment

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.