Friday, July 26, 2024

Bersiaran dari Australia.

Assalamualaikum everyone!

Kembali bersiaran dari bumi Australia.  Penerbangan alhamdulillah berjalan lancar.  

Selepas landing, kami  bergegas menuju ke imigresen.  Oh sekarang dah ada mesin!.  Senang.  Tinggal letak je passpport, bukak spek.. sengih!.  Jawab segala soalan dalam mesin tu. Go!.  

Antara soalan yang ditanya ialah..

"Adakah anda ada demam atau batuk kering?". 

 Eh!.  Lawo juga rupa-rupanya muka ai dlm pic    (Jangan dibuang pula kertas 'selfie' kita tu sebab ia diperlukan lagi masa kat kastam nanti).





Kisah Wanita Berperangai Pelik.

Lepas ambik luggage, beratur agak panjang.   Depan ai ada sorang "Makcik" ni, gubra dia lain macam.  Tak pasti lah dari negara mana, (kalau ai tau pun ai tak akan tulis di sini, nanti macam racist pulak). Dah la line panjang, berhenti pulak depan kami ni, tak gerak2. Seolah2 mencari sesuatu dlm beg.    Lelaki tua kat belakang ai dah mula bising2 rasa nak marah kat "Makcik" tu.

Ai malas nak potong line, sebab kecurigaan menyelubungi diri.   Ai speku mesti dia nak suruh kami jalan depan dia pastu dia nak pretend yang kami ni satu group dengan dia kot agaknya.  Sunuzon kejap.  Kekeke.

Ternyata ramalanku benar belaka.. sampai turn dia, rupa-rupanya dia kena tahan.   Pastu tak tau la apa kisahnya selepas itu.  Biasa yang kena tahan ni bawak bahan2 mentah (daging dsbnya), barangan tenusu.   Lebih teruk lagi mungkin barang-barang terlarang yg lain seperti dadah dsbnya.  Nauzubillahiminzalik.

Jadi Puan2... moralnya di sini ialah... berhati-hatilah jika ada orang2 yg berperangai pelik di airport.     Trust your guts feeling!.   Kalau nak selamat, tak yah nak beramah mesra sangat masa di airport.    




Masak kari ikan dan ayam sambal je arini.   


Sekian.   

3 comments:

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.