Friday, October 30, 2015

Croissant Siput Pengubat Lara

Waaa!!!.
Aku tgh takde mood!.  Sbg penambah mood, mari buat KRUZO!!.

Jadah apanya lah KRUZO ni kannnnn?. Rupa2nya croissant..  (Ozy accent guyssssssssssss!!.).


Kpd yg blom pernah tau cemana nk buat bentuk siput... ni caranya ye.   Tak kira la utk Kruzo ke donut ke...


Kpd yg dah pandai... abaikan pix2 ni dan teruskan berzikir... (Ya Allah... Ya Allah 1000 Kali.. moga dpt pahala).



Potong doh 25 cm lebar.
Kepanjangan suka ati.

Then..
Ukur sebelah kiri doh tu mula2   5 cm.. diikuti 10cm, 10cm  hingga la hujung ke bwh. (maksud aku.. tandakan guna pisau tiap 10cm tu ).

Mcm ni la lebih kurang...
(aku tolong lakarkan..he he.. sorry tokal takil .. maklum le.. guna pix editor je Dik Non..bukan atas kertas)


Yg belah kanan dimulakan dgn 10cm, 10cm hingga hujung ke bawah.


Then  potong baji ikut tanda2 td..


Sorry gambo utk kejadian baji2 tu lupa nak snap.


Dah dpt bentuk baji...
potong sikit kat tgh2...(sikitt je.. jgn potong sampai bawah).



then.. lipat ke dlm... mcm ni..

 gulung sampai bawah...



Maka... jadilah siput2 ini ...

Malam ni nak happy2 je..
Malas nak stress2..
Nak blogwalking, nak manja2 dgn
geng2 blogger, nak makan byk2..
Nak pakai night cream.. ( setelah seminggu tak pakai sbb busy).. haha..

Lagi nak apa?.
Nak basuh baju..
Nak menjahit baju...


OK lah ... tu je nak cakap.




Sunday, October 25, 2015

Adakah Berkain Batik Tak Comey?

Bilakah kali terakhir anda berkain batik?.  (Soalan apakah ini Kak Mirror??).

*soalan busy body.  Ha2..

Rindu sangat nak berkain batik. Kat Malaysia dulu pun jarang pakai tapi sekurang2nya ada jugak stok dlm almari utk ada2.   Sejak stay kat sini selai pun tak kubawak.  

Tetiba semalam singgah satu kedai tu ada orang jual kain perca.  Bongkar2 terjumpa sehelai ni..   Begitulah kan.. kalau dah rezeki, duyung di laut pun bertemu juga.  (Idiom rekaan sendiri).

Mesti anda tanya brapa rega kan?
Betul nak tau?.  Jgn jeles kay??.



3 RINGGIT MALAYSIA SHJ....
Tapi sorry... tak yah nak berkirim bagai, tinggal 1 ni je org tu jual. Itu pun entah2 org hadiahkan dia pastu tak reti pakai.. then dia jual. Hihi.. mandai je aku buat kongklusi.


Apa lagi... sampai rumah terus jahit (ai jahit pakai tangan uu!!.  Ko ado?).

Adakah berkain batik itu mengurangkan kecantikan isteri?.

Emmm..... tengok pada cara pemakaiannya la kot.   Kalau berkemban mestilah tak comey.  Tapi kalau dilipat elok2, dipadan dgn t.shirt sesuai warna kulit, tetap berseri dipandang.   Mak mentua pun bertambah saaaayang... nak2 kalau mentua jenis org2 lama yg persekitaran mereka penduduk2 desa yg tak suka pompuan bercelana -( ada tau org2 zmn dulu... pakai seluar pun org sok sek sok sek).

Btw, ikut selera suami masing2 la kan... kalau suami pun jenis tak berkain pelekat, kita pun kena hargai usahanya itu utk tak berkain batik di hadapannya. Pakai time dia outstation je.

Kay bai.

Tuesday, October 20, 2015

Resepi Tembikai Vaccum


Tunggu kawan, tapi tak jadi datang..


Setakat muffin, tak berapa rare sgt kan?.  Hari ni nak share resepi yg ganjil sikit... tembikai vaccum.


Memula, sediakan belahan2 tembikai 
spt di atas.  Tabur garam dan black pepper.  


Masukkan plastik...
then.. masukkan ke dalam
vaccum machine (pix bawah)..
Perhatian ye!. Bukan vaccum 
sapu sampah kay!.
Totally different.



Hasilnya setelah divaccum.  Then bolehlah kluarkan dan makan bersama salad.

Aku yakin, tekak kita sbg Melayu ni blom dpt terima menu asing ni.. sbb lazimnya tembikai sifatnya adalah Manis.. tapi, tak salah kan mencuba menu antarabangsa?.  Sekurang2nya
untuk pengetahuan am.


p/s :   sampai skg masih terkagum mcm mana ada org bleh mkn nasik berlauk tembikai?

Sunday, October 18, 2015

Pasar Malam Di Bentley

Sejak duduk kat Aussie ni..
Pasar Malam memang tinggal kenangan..
Tetiba Curtin Uni buat karnival
"Pasar Malam" untuk sehari..
Apa lagi...
memang exited la Makcik sorang ni!

Lokasi di building 402.







Nasik kukus - bebudak Shah Alam yg masak ni..



Antara makanan halal yg terjual kat pasar tu..  laksa Penang, satay... roti canai..
Memang beratur panjang giler!.

Atas stage... dihidangkan dgn tarian2
India..


Orang berasak2 ramainya..
especially perantau2 yg rindukan menu Malaysia mcm aku ni..









Lepas makan2 bawah pokok..
kitorang pun balik sebab cuaca sejuk..
Lain kali buat time summer ye... uolls!.
Aku ni elergik dgn kesejukan..
hihi..


Ni pulak kejadian siangnya..
Basant Festival...
Byk jualan2 baju punjabi, sari, shawl2, permainan layang2..
Siang pula cuaca agak panas...


Saturday, October 17, 2015

Penawar untuk seorang ibu



Atas tu... "penawar" keletihan Mama.  Thanks Shashal... walau sekadar naib Johan.. (acara larian sukan sekolah dia, tapi takde plak piala2 mcm kat tempat kita plak kan?. Huhu..). Pasni cuba lagi sampai dpt jadi Johan plak ye.. minum susu lebih2 sikit.


2 hari lepas memang penat yg amat Mama Shashal ni, rasa nak pengsan, ditambah dgn kena marah kat kelas... huaaa!!
Biasa la proses pembelajaran.. Tak akan dpt lari dari kena marah, tegur dan seumpamanya.

Tapi selalunya tekanan2 spt tu cepat je ghaib kalau anak2 bawa berita gembira.. walau kdg2 sekadar benda2 kecik... contohnya :-

"Ma, harini lukisan saya terpilih".







Monday, October 12, 2015

ABC di Albany Highway dan Pameran Di Ellis House - Aussie (9 gambar)

Assalamualaikum uollss!!



Gambar2 1 -  4 berlokasi di Ellis House.    Nak masuk percuma je!.



Awesome scenery!.   Cemera je cikai.... rasa nyesal tak bawk DSLR..


Kehijauan pepohonnya mendamaikan, orang pun tak berapa ramai... hanya sekali sekala nampak pasangan warga tua mengambil angin petang berdua2an merentasi jambatan ni.   Memang sesuai sangat untuk merelease tensen kat sini.



Sekali pandang macam aku dah ada kat Malaysia je kan?.   Actually inilah Ellis housenya tu....  Ellis adalah penduduk terawal kat situ. Tak sempat berbual sangat dengan penjaga rumah tu sebab terlalu asyik menghayati lukisan2 yg dipamerkan.    Tapi menurut firasatku, mungkin rumah ni kalau kat Malaysia ala2 rumah P.Ramlee..    






Antara lukisan2 yg dipamerkan.



Di hujung jambatan yg merentasi "hutan bandar" tadi tu,  if you keep walking up, you will see panorama ini..  Apa lagi, tempat memancing ler.





Memang best bentang tikar bawah jambatan ni sambil menemani tersayang memancing.

Ok, lupakan pasal memancing,  you know,   aku dah jumpa pun ABC kat Aussie ni.   Di Albany Highway.    Bintang Cafe..



Walau tak setinggi ABC kat Malaysia, sekurang2nya dapat jugak aku melepaskan kempunan.  5 Dollar semangkuk.




Vote for nasik goreng belacan!.   Aku rasa ianya perfect dan sebijik macam kat restoran2 Malaysia.




Ada yg tanya rega... so ni aku update :-

Hari ni, for the second time pegi lg and  oder nasi 5 pinggan, kangkung goreng belacan, ayam lemak, gado2 dan salmon fish berlado - total 60 Dollar.   Worth it right?





Saturday, October 10, 2015

Textile shop in Aussie..


Ni di Albany highway..
Next.....  nak ronda kedai lain pulak di Cannington.  Tapi tak tau la bila...
skg tgh busy.

Tunggu abis menjelajah 2, 3 tempat baru baca semula entry ni ye.  Tapi mungkin taun depan la kot baru penuh 1 muka surat.. hihi..


Sunday, October 4, 2015

Jihad Seorang Isteri

Syukur hubby dan Ain dah kembali ke pangkuan...

Bohong la kalau aku tak sedih berjauhan dengan suami... especially di aidil adha yg lalu.    Tapi alhamdulillah.. berjaya pun aku lalui semua tu dgn sejahtera walau sekali sekala bersulam air mata, bersulam demam.      Sungguh pun begitu, kena la berlagak2 macho kan......  takde pengorbanan usah bicara soal kejayaan (pinjam jap kata2 Cikgu Mat Som - penjual termos yg tegar ...  ai tolong iklan kay).






menu bila somi takde...  :D






menu bila somi ada..


   


Sepulangnya suami ke tanahair, dapat la jenguk emak aku kejap raya haji aritu.  Kata my SIL, happy kemain Mak aku.. menantunya datang menjenguk.  


Malaysia tengah jerebu teruk kan mutakhir ni?.   Ain balik sini pun dengan saki baki demamnya yang belum hilang.   Musnah impian Mamanya nak berkirim kain ela.    Aku belum jumpa lagi kedai fabric yang menepati selera kat Aussie ni.    Ada jumpa satu kedai Somalia tu.... tapi rega dia mak aiiiiii......  tak sepadan kualiti.    Semalam google2 ada terjumpa sebuah kedai di Victoria Park...  tapi belum sempat terjah lagi.


Bagaimanapun my biras ada  menghadiahkan selai ole2 bandung kaler block yg cantik tu ari (thanks).    Harap2 tailor tu menjahitnya dengan cantik!.   Musim panas seakan memunculkan dirinya skg ni.... sememangnya masa yg sesuai utk memperagakan baju2 kurung.

Saturday, October 3, 2015

Menyampah!

Merantau ni...
hati kena kering!.  Lembik2 tak mau!.
Syukur Allah banyak menolong.


Kadang... ada jugak orang yg
aku menyampah.  Takde manners.
Org takde kacau dia pun..
Mulut byk cakap pulak..
Tak tau nak behave di khalayak
ramai.
Dah la datang lambat..
Disiplin kurang!.   Mulut banyak! Heee
selisih amit2 la..
Aku mmg anti la org2 tak beretika
ni.  Nyusahkan orang.
Memalukan Muslim.



Nampak org laki je terus tergedik2..
Dah buat kelas mcm night club..
berpeluk2... geli ai!!
Cuba la jadi mahal sikit wahai
perempuan.


Heeee ... sebenarnya aku tak
koser pun nak ambik pot..
Gasak ko la nak sosial pun..
Kubur kita asing2..

Cuma semalam aku geram
sgt dgn perangai ko yg suka
mengaibkan orang..
tu yg tertulis kat sini..
haha..
Lain kali jgn banyak
komplen ye..  Mind yr own business!
So.. aku pun tak akan
kacau kau.



Ramai lagi yg baik2
dan beretika..
especially warga2 tempatan..
dorang lagi humble
dan banyak menolong..
Contohilah dorang tu..
wahai perempuan...


p/s.   :   Pandai2 la nak Google translate.. ye Noks