Saturday, April 5, 2025

Open House Raya 2025

Simpan sini menu-menu open house kami malam tadi untuk rujukan tahun depan. Open house ni Cik Q yang anjurkan sebenarnya, Mama tolong masakkan je.  Jadi Mama tak jemput kawan2 Mama, sebaliknya hanya kawan-kawan Cik Q saja (yang cute miut semuanya.  Masya Allah).  





Sambal kicap dan limau lupa nak snap.  Yang penting Mama dah turunkan resepi pada Cik Q, harapnya kekal dalam mindanya hingga kiamat.



Majlis pukul 6 petang, jadi tengahari ai dah start masak.  Sebab ai pun ada undangan lain pada hari itu. Kalau semua dapat settle awal, hati pun lapang.  Tu la seorang emak ni jangan disuruh sebab komited dia akan lain macam.



Untuk open house, actually ai prefer daging sebab tak menakutkan.  Tapi abah dia suruh guna ayam… ai pun layankan je lah.   Tapi every four hours ai reheat semua menu untuk memastikan ianya selamat dan sentiasa dalam suhu yang sepatutnya.  Untuk info, kat sini tengah musim panas, berbanding winter di mana menu2 tak cepat basi.




Alhamdulillah majlis berjalan lancar walau pun ribut agak kuat dan kami tak dapat duduk di kerusi luar.   Penat tapi puas hati.  Tiada pembaziran.





3 comments:

  1. Alhamdulillah, semua berjalan lancar...

    ReplyDelete
  2. Open House.. bila nak mula tu gemuruh jiwa.. dah selesai lega lapang dada kan huhu.. jemput la dtg open house kita pulak hihii

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Raya Aidilfitri Kak Hajah.. Maaf Zahir dan Batin. LZ masih belum berani host open house, bimbang nervous lebih.. Tapi seronoklah kalau berjaya buat open house dengan jayanya.. Terbaiklah Cik Q!

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.