Sunday, November 20, 2022

Akibat entri 10 tahun lepas

Corak selipar 10 tahun lepas pun masih mampu diingat dengan baik gara2 pernah dibelogkan.    Tak beli masa tu sebab belum minat walaupun unik.

Tadi.. berjalan2, terjumpa selipar bentuk yg sama, kali ni tetiba tergerak nak beli.  Dapat la diguna ketika menyiram laman sambil berdiskusi dengan alam.    Match la dengan buah2 anggur kami yg dah mula berputik.



Betul la orang kata.. sesuatu matlamat yg rajin kita tuliskan akan mudah dicapai berbanding matlamat2 yg sekadar diangankan di minda.  Tak semestinya blog.. mungkin boleh ditulis dlm buku, diary yg disimpan di laci dsbnya.    Nanti mak anda tercuri baca mesti mereka aminkan.  Hihi.  



2 comments:

  1. Hehe. Unik pula anggur dan tapak sulaiman coraknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. NA - unik.. rasa mcm baru smlm je nampak selipar tu kat Msia, rupa2nya dah 10 tahun.

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.