Monday, January 9, 2023

Bila terjumpa orang bergaduh

Dah buat beberapa entri pun gambar2 dlm phone tak luak lagi.  Terpaksa habiskan juga sambil bercerita pengalaman dan kenangan.


Muzium di Bunbury.  Masuk percuma.  Antara yang dipamerkan ialah mesin jahit lama, gaun pengantin lama dll.  Masuk sekali lalu je sebab ai pegi sorang, dorang dah tunggu kat mall.


Selain Bunbury Farmers Market, Wollie juga ada di sana untuk membeli keperluan dapur.  Ketika itu kami dah pindah motel, dah tak de dapo untuk memasak, jadi singgah hanya untuk membeli keperluan lain.   Anak2 merungut.. menurut mereka tinggal di homestay lebih selesa.   As for me ok je.. sekali sekala ingin beralih angin sebab motel dekat dengan pantai.   Bilik pun ada vibe2 Mekah sikit.  



Tengah duduk2 berehat kat shopping complex berdua dgn Cik Q (hubby and son solat Jumaat).    Tetiba ada dua remaja lelaki bertumbuk.   Haiii seram Mak!.  Siap baling2 kerusi bagai.    Bergegas  kami beredar ke kedai kasut, udah la ai tengah penat.. kang mana tau budak2 tu rupa2nya tengah mabuk dan tetiba   meluru pada kami seram juga.  Salesgirl pelawa kami segera masuk dan beliau mengunci pintu.  Lega.  Alhamdulillah.. Allah selamatkan.  Budak2 yg bergaduh tadi dileraikan oleh orang awam yg sado2 di situ.    Moga dah settle hendaknya masalah mereka.



4 comments:

  1. Memang takut sebab suasana tegang dan ganas.
    Bagusnya penjual itu terima masuk dalam.

    ReplyDelete
  2. Bila mabuk memang takde rasa malu bergaduh di tempat awam

    ReplyDelete
    Replies
    1. WP - Tak pasti la mabuk atau normal tapi seram dan kesian tengok dorang sampai guling2 kat lantai.

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.