Friday, November 29, 2024

Hari Makan Jambu Bol Sedunia

Assalamualaikum uollz!!.

Tak kan lah sejak terkempunan kat Bagan Lalang terus menyepi macam orang merajuk plak kan?.  Sebenarnya ai busy.  Al maklum lah tugas dan tanggungjawab sentiasa memanggil.   Selain dihembus angin keinsafan sejak asik menonton kisah siksa kubur.  Kekeke.  Jadi marilah rajinkan diri membaca al mulk sebelum tidur supaya kelak menjadi peneman.





Pesal tah tu ari ai asik dinampakkan status wassap my siblings semuanya tengah makan buah jambu bol ni (rumah mereka lain2 ye) tapi masing2 tgh makan buah yg sama tapi berlainan rupa.  (Maksudnya tak ada isu pemboikotan ke atas ai di situ dan ianya mustahil).  Ai pun terkecur liur tapi tak reply apa2 di status mereka sebab ai memang pendiam orangnya, U know kan?. 😂.

Tak lama lepas tu tetiba my hubby pun bawa balik jambu ni juga.    Beli kat Ayer Hitam kot.   Eh!.  Miracle pulak.  Baru craving tetiba muncul depan mata.   Alhamdulillah.


Tapi…..  masam yang amat!!.  Tak seperti yang kami makan masa zaman kecik2 dulu.  Masa tu lembut, manis nikmat dia lain macam.


Tapi guysss!!.   Jangan cepat berputus asa.   Masih ada talian hayat ye.   Jadi yang masam jangan terus dibuang.

Caranya :    

Kupas macam biasa. (Tapi memang keras lain macam).  Basuh bersih2.  Masukkan dalam bekas.  Bubuh garam dan gula.  (Nisbah gula lebih banyak).   Masukkan air sikit.  Jgn banyak sgt sebab gula tu akan menjadikan ia berair secara semulajadi.  Masuk peti ais dan tunggulah keajaibannya di hari esok.


Ternyata memang sedap macam menu nenek moyang zaman dahulukala di meja kuih raya.  Jika zaman dulu orang buat dengan kulit rambai. Tapi kulit rambai kena rebus dulu kot, tak ingat. Buah jambu ni tak perlu.

Well!  Boleh juga dimakan bersama nasi berlaukkan kari ikan dan sambal belacan.  Such a good combination.  




12 comments:

  1. nama dia jambu bol ye. payah nak jumpa ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cie - Jamaica apple, tak pasti plak bahasa melayu dia tapi kami turun temurun memanggilnya jambu bol.

      Delete
  2. Kan? salu tgk wasap status orang pastu teringin jugak.. selalunya laki bini ni mmg ada instinct jugak, adik beradik pun sama, mak bapak pun sama, kalau sy salu mcm teringin nk mkn lauk ni, tetiba mak masakkan cal suh dtg ambik kat umah, aaaa mcm tau² je tgh craving

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakmim - Setuju. Pernah dulu craving nak makan putu bambu tetiba hubby pun belikan. Dah mcm ada cctv pulak dlm hati. 😂

      Delete
  3. uishhh.. kenapa tak pernah tahu ni. selalu cicah dengan kicap campur gula campur cili api je.

    ReplyDelete
  4. Saya juga sebut nya jambu bol. Kalo biji cashew dia msh ada, Orang2 Sumatra biasa sebut jambu monyet Krn monyet sukaaa sangat jambu ini 😂😄😄.

    Issh jadi teringin sangaaat kak. Dah lamaa tak makan jambu ini. Memang sedap di buat rujak, Krn rasa dia masam kelat 😄. Saya malah belum pernah ketemu yg manis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fanny - Sorry kerna buat U jadi teringin. Hopefully U can have it over there, moga ditemukan yang manisssss, lembut dan segar. Kalau yg ada biji cashew itu kami panggil jambu gajus.

      Delete
    2. Kalo jambu bol ini untungnya pernah saya liat di supermarket, tp supermarket yg foreign punya, JD harga dia mahal sikiit. Nama nya pun dah berganti, Jamaika apaaaa gitu 🤣. Pernah sekali saya beli Krn teringin sangat. 3 biji sampai Rp100 RB hahahahahah. Padahal dulu di Aceh murahnya dah macam di obral 😄

      Delete
    3. Fanny - di Indo 3 bijik RM28?. Mahalnya!!. Eh!. tapi saya pun lupa mahu tanya suami, jgn2 di sini pun udah mahal juga. 😂

      Delete
  5. Wah...jambu bol...
    Sudah lama saya tak makan jambu bol nih Mbak.
    Besok cari deh di pasar, jadi kangen memakannya setelah melihat fotonya.

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. TA - Iya, kalau kita pernah makan waktu kecil emang jadi kangen memakannya bila melihat photo.

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.