Tiada ku sangka, tiada ku menduga. Rupa-rupanya Kuala Lipis begitu sunyi pada hujung minggu. Pasar malam yang pernah kami kunjungi dulu pun tak kelihatan. Mungkin ia hanya beroperasi pada hari-hari tertentu.
Tapi itu bukan satu-satunya perkara yang di luar jangkaan. Perjalanan dari Temerloh ke Maran pula rupa-rupanya macam roller coaster uollz! Nasib baiklah saya dah ada sedikit pengalaman melalui laluan berbukit yang agak ekstrem ketika ke Jogja dan Lombok dulu. Jadi, pandai-pandailah saya buat muka tenang walaupun dalam hati, Allah sahaja yang tahu. Jantung bukan main lagi dup dap dup dap!. My MIL kat seat belakang pun kedengaran dah sejuta kali mengucap panjang. Haha.
Hikmahnya, bila perjalanan pulang ke KL melalui Bentong, saya dah tak rasa terlalu berdebar seperti selalu. Laluan yang sebelum ini boleh buat saya dup dap ser ser ser, kreng kreng pun terasa biasa sahaja. Malah tertido pula. Agaknya dah dapat immunity selepas melalui 'roller coaster' Temerloh tadi. Hahahaha.
Ini pula kisah masa perjalanan pulang ke KL. Kami singgah untuk solat jamak takhir di salah sebuah R&R. Alamak! Lupa pula nama tempatnya. Kalau tak silap, selepas Temerloh kot.
Ya Allah, rajinnya makcik cleaner yang bertugas di situ. Bayangkan, air pili ada, dari sumber air telaga bawah tanah tetapi sistem flush pula tak dapat digunakan (tak pasti apa masalahnya). Jadi, terpaksalah makcik itu menadah air untuk membersihkan segala “tinggalan sejarah” pengunjung terdahulu sebelum orang lain menggunakan tandas tersebut.
Moga Allah membalas segala kebaikan dan penat lelahmu dengan sebaik-baik ganjaran wahai Makcik. Moga syurga tertinggi buatmu. Traffic light sentiasa hijau, urusan hidup dipermudahkan dan hati sentiasa dalam ketenangan. Aamiin.
Di ruang wuduk pula, bekalan air memang tiada. Sebagai alternatif, pihak R&R menyediakan tong air yang besar untuk kegunaan pengunjung mengambil wuduk.






No comments:
Post a Comment
"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.