Sunday, November 22, 2026

Lunch di Kedai KUEH suami Erra Fazira

Dah dua kali mencuba untuk singgah kedai KUEH, Mr E (Ezwan Zain) suami Primadona, Erra Fazira ni tapi baru kali ni dapat masuk sebab aritu pegi lepas maghrib, sebelum maghrib nampak masih bukak, sepulang solat maghrib datang lagi tengok-tengok lagi dah tutup.  Kempunan jap masa tu.

“Ya Puan, nak makan apa?”   tanya adik Cashier.

“Erra Fazira ada tak?” .   Tanyaku selamba.

“Erra tak ada.”   Jawabnya ringkas.  




Betul lah kan ni kedai Mr E?.   Betullah tu, ejaan KUEH tu sapa lagi kalau bukan beliau?.


Kedai memang penuh.   



Kuih muih pun banyak yang sold out, laksam pun dah sold out sebab kami pegi after lunch.  Lepat pisang tu saya dah cuba tadi, RM3 - 3 ketul.   Sedap dia buat macam air tangan arwah emak saya.


Last-last oder nasi hujan panas utk suami dan saya memesan nasi lemak.   Hubby kata sedap.  Boleh la repeat. Nasi lemak ni pun sedap cuma saya lebih suka jika ianya berwarna putih (Ahhhh cerewet lah kau Sam).  Sebab kalau kuning ni selalunya nasi tumpeng.  Hihi.

Total termasuk air : RM44.30.



Kami doakan moga bisnes Mr E dan Erra terus maju.  Aamiin.


Pastu kat sebelah-menyebelah kedai ni ada gerai taufu fa pelbagai rasa.   Kami pun try.  Not bad lah.  First time jumpa taufu fa ada topping macam-macam.


Just my personal opinion.

oh ya, lupa plak nak habaq, kedai ni kat Shah Alam.


No comments:

Post a Comment

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.