Saturday, November 14, 2026

Same Parents, Different Childhoods

 “No two siblings grow up in exactly the same family.”

Atau seperti skrip Izzue Islam dalam dramanya..

"No siblings grow up in the same family"


Pernah tak kita perhatikan, adik-beradik yang lahir daripada ibu dan ayah yang sama, membesar di rumah yang sama, tetapi mempunyai cerita zaman kanak-kanak yang sangat berbeza?.

Ini kerana setiap anak mendapat versi ibu dan ayah yang berbeza, bergantung kepada fasa kehidupan ketika mereka dilahirkan.

Anak sulung mungkin mendapat versi ibu bapa yang masih muda, kurang pengalaman, lebih tegas dan mungkin cepat marah. Ketika itu, kewangan keluarga pula masih belum kukuh. Banyak perkara perlu dikorbankan dan kehidupan mungkin lebih sederhana.

Anak yang lahir beberapa tahun kemudian mungkin mendapat versi ibu bapa yang telah matang, lebih tenang dan memahami keperluan anak dengan lebih baik. Malah, keadaan kewangan juga mungkin sudah semakin stabil.





Dari Mana Bermulanya Permusuhan Adik-Beradik?

Ada anak yang membesar dalam kesusahan, ada yang menikmati kehidupan lebih selesa. Ada yang mendapat ibu bapa yang garang, sementara adik-adiknya pula mendapat versi yang lebih lembut dan bertolak ansur, penuh kasih sayang.

Lebih menarik,  pernah terdengar seorang cendikiawan Arab menyentuh tentang punca permusuhan sesama adik-beradik sebenarnya bermula daripada ibu bapa itu sendiri. Layanan yang berbeza, sikap membanding-bandingkan anak, pilih kasih, atau kecenderungan melebihkan seorang anak boleh menimbulkan rasa kecil hati dan persaingan.

Anak yang sering dibandingkan mungkin membesar dengan rasa tidak dihargai. Sementara yang dilebihkan pula mungkin tidak sedar bahawa tindakannya melukakan hati adik-beradik yang lain.

Lama-kelamaan, perkara yang bermula sejak kecil boleh terbawa-bawa sehingga dewasa. Apabila masing-masing sudah berkeluarga, jurang itu mungkin semakin melebar.

Moga dengan entri ini kita sama-sama mengambil ikhtibar dan menjadi seorang yang lebih rasional dalam memahami keadaan atau perubahan tingkah laku orang-orang sekeliling. Mungkin ada inner child trauma. Juga menjadikan kita ibu bapa yang lebih baik.  Inshaallah.


No comments:

Post a Comment

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.