PANDAN CITY...
Ya Allah rindunya dengan laptop ni......... dan rindunya dgn teman2 blogger semuaa.......
Hahaha.... macam la dah berbulan tak jenguk blog... baru sehari semalam.
Seharian semalam I busy dgn aktiviti mencipta kenangan ramadhan..... antaranya ialah.....
membuat kuih raya........ ala buat 2 jenis je puan2.... kuih cheese tart dengan biskut semperit ni... pagi ni I ingat I nak buat lagi sejenis sebab anak dara I ada kat rumah.... boleh la tolong2 mana yg patut. Lagipun semalam baru beli pencetak kuih yg comel.
Malam plak merayau gi JJ..... berbuka puasa kat sana........ lepas beli barang dapur we all balik ke rumah susun barang dapur tu then merayau lagi ke sini ni..... PANDAN CITY.....
Meriah giler tempat ni...... terimbau kenangan di Madinah..... sampai pukul 1 pagi pun orang masih berpusu2 mengunjungi bazaar yg panjang ni membawa bersama isteri dan anak2 kecil mereka.
Bila nampak orang berniaga di pinggir jalan mcm ni..... terimbau kenangan peniaga2 arab memperniagakan barangan mereka tak kira siang malam malah ke pagi. Bazaar2 yang tersusun dengan iringan lagu2 arab dari corong2 radio penjual barangan dari Timur Tgh di Pandan City itu benar2 membuat I terkenang nostalgia di Madinah. Mungkin idea di Pandan City ini ilham dari kota suci itu kot... tapi dengarnya sekadar untuk ramadhan saja...... kalaulah diteruskan untuk selama2nya kan ke best.
Penat sudah berjalan dan menghabiskan duit IRP (dapat sehelai baju raya lagi ~ IRP hadiahkan wifenya ini....) dan jubah si Ain serta sehelai kurung untuk Cik Q, kami pun ngeteh makan roti nan di sini.
Secara keseluruhan....... tempat ni best walaupun crowded...... barangan2 lain yg terjual ialah kuih2 raya, barangan mainan kanak2 dan mcm2 lagi..
Eh...... masa nk pegi tu niat di hati nak singgah di Butik Mawi yg dengarnya kat area2 sini ni (entah betul ke tak) Tapi bila dah melilau di kawasan ni........... langsung terlupa.
























