Monday, August 1, 2011

Fesyen Kurung Untuk Anda Cuba

Ada orang tak begitu mahir membuat baju kurung moden tetapi amat pakar di dalam membuat baju kurung teluk belanga. Saya bukan tergolong di dalam keduanya... tetapi setakat untuk desperate2 tu boleh la.

So, siapa kata kurung biasa tidak dapat dipelbagaikan, saya pernah mencuba (menjahit) fesyen ini (sorry contoh baju tidak dapat disertakan sebab tertinggal di JB), bagaimanapun hari ini saya kongsikan lakarannya untuk anda cuba.


Leher perlu dipotong berbiku-biku dan ditindan antara keduanya. Jahitkan butang dlm lebih kurang 5 biji di sekelilingnya. Anda boleh menambah gaya pada kurung ini dengan menjahitkan labuci di sekeliling leher tersebut. Ada pelbagai jenis manik dan labuci di pasaran, but make sure anda terlebih dahulu membuat lakaran dasar dari rumah supaya anda tidak terbazir membeli yang tidak-tidak. Manik jenis star dan memanjang spt yg saya berikan contoh juga amat manis untuk kurung ini.

Saya ingin bercakap lebih panjang, tetapi nampaknya ibu mertuaku sudah turun ke dapur untuk persiapan juadah berbuka, so I got to go.. nak tolong2 apa2 yg patut.. see u later.

"Sesiapa yg berpuasa Ramadan atas dasar Iman dan mengharap redha Allah, maka dosa-dosanya yg telah lalu akan diampunkan. Sesiapa yg melaksanakan qiyam ramadan atas dasar Iman dan mengharap redha Allah, maka dosa-dosanya yg telah lalu akan diampunkan. Sesiapa yg melakukan qiyam Lailatulqadar atas dasar Iman dan mengharapkan redha Allah, maka dosa-dosanya yg telah lalu akan diampunkan." HR Bukhari dan Muslim - copy paste dari Ustaz Kazim.



contoh jahitan manik : sumber : dari sini

4 comments:

  1. salam rmdhan...cantik kalau buat baju kan..

    ReplyDelete
  2. Yup..klu rajin. Salam ramahdhan Ayuni.. thanks.;)

    ReplyDelete
  3. cantik design tu..bestnya pandai buat design baju kurung moden.selamat berbuka puasa miss mirror :)

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.