Tuesday, August 28, 2012

Masalah Wanita : Suami sering pinjam duit sedangkan dia sendiri pun susah

Umum sudah sedia maklum yang blog aku ni bernichekan kewanitaan dan selalu puan punya blog berangan-angan untuk menyelesaikan permasalahan wanita segenap pelusuk dunia.   Haha... tinggi melangit cita2 aku, padahal masalah sendiri pun kadang tak lepas.   

Aku tak kisah untuk memberi buah fikiran asalkan bukan mintak aku masuk campur urusan rumahtangga hingga suami2 si polan naik meluat ngan aku sudah la.     Pengadu pertama datangnya dari seorang wanita putih mulus yang tidak dikenali ramai, seorang teman lama.. mengadu tertekan sebab suami selalu  "meminjam" duitnya, dah la dia pun takde duit, baru berjinak2 dengan perniagaan kecil2an dan ingin melabur sesen dua buat bekalan hari tua... suami pulak menghadapi tekanan hutang dan terpaksa la dia menolong dengan keterpaksaan.


Macam ni la aku nak nasihat ko ya Makcik,  kau jgn bezakan diri kau tu dengan Mak Datin2 yg goyang kaki di luar sana... sampai bila pun kau tak akan rasa happy tapi cuba kau bandingkan diri kau tu dengan bini2 yang selalu dipukul suami, ada yg sampai meninggal.   Aku rasa dengan cara tu kau akan lebih bersyukur sebab dalam buruk2nya suami kau yang tersilap percaturan membelanjakan wangnya itu kurang2 dia tak pernah pun menjentik tubuh badan kau hingga berdarah.   Atau kurang2 dia takde main kayu tiga menduakan kau angkara terlebih kaya.

Sambil Bergaya Sambil Menambah Pendapatan - KLIK SINI.




Orang kaya pun ada masalah mereka masing2, kau ingat apa?.  Macam kisah kawan aku yg seringkali dicemburui oleh ipar duainya yg gila harta sampai rumah dia tinggal tu  pun dianggap hartanya sebab kononnya abang dia yg beli, macam tu lagi parah dan belum tentu kau mampu menanggungnya pulak kan.   Dah la... anggap je la sumbangan kau tu berupa ibadah yg akan membantu membebaskan kau dari api neraka kerana  menolong orang yg tengah susah.    Moga2 berkat..

Ok.. jangan la sedih2, banyakkan je isytigfar dan membaca doa membebaskan hutang piutang.  Klik je la kat label doa tu ada aku pernah tepekkan itu ari.   Aku tengah busy buat sup yg marvelous ni...  jap lagi anak aku balik, hopefully ada komen2 dari teman2 blogger lain untuk menasihati kau yg berjiwa gundah.

Sekadar gambar hiasan - tiada kait mengait dengan entry



8 comments:

  1. cute je budak tu tgh baca doa mkn kan miss mirror..
    *pasal duit, kalau saya ngan suami mmg kongsi.bila dh payday, utamakan segala keperluan & yg lebih pnting dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh budak baca doa tu anak sedara kami Win. Mmg cute budaknya..

      Thanks atas pendapat you ttg duit, sbg pasangan yg keduanya bekerja, tak salah rasanya saling bantu membantu. Moga hubby bertambah sayang dan menghargai pengorbanan isteri.

      Delete
  2. owh, tak dapat komen sebab den pengurus rumah yo ;)

    ReplyDelete
  3. Bagi i, tak salah kita membantu suami, yg penting sentiasa doakan yg terbaik, murah rezeki selalu... lebih baik dr dia pinjam kat along kan, tapi kalau pinjam bukan utk kegunaan baik haruslah x patut!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitulah yg seharusnya kan Eny. Moga jawapan Eny yg bernas ini melegakan fikiran kawan MM. Thanks ye.

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.