I percaya..... tak semua perkahwinan paksa itu tidak membahagiakan.
I ada beberapa koleksi sahabat yg terpaksa melalui detik getir itu dan akhirnya mereka mampu mengecapi kebahagiaan walau pada mulanya mereka berbuat perkara2 yg tak masuk dek akal (enggan tido sekatil selama berbulan2).
I ada beberapa koleksi sahabat yg terpaksa melalui detik getir itu dan akhirnya mereka mampu mengecapi kebahagiaan walau pada mulanya mereka berbuat perkara2 yg tak masuk dek akal (enggan tido sekatil selama berbulan2).
GAMBAR TIADA KAITAN DGN ENTRY - ..... alhamdulillah.. mlm td dah dpt pun Meltey Hersey yg I idamkan tu bersama gadis2, wanita2 dan jejaka2 di atas..
Puan X dlm penceritaan di bawah ni pun nampaknya telah bahagia dengan pemuda pilihan keluarganya... Mungkin ada di antara anda yg sedang menghadapi kemelut yg sama (digoda buaya pren lama)... boleh la ikut jejak langkah Puan X - TINGGALKAN DENGAN NEKAD!. Mari kita baca kisah beliau..
credit kpd KRT
Salam mohon dihidekan nama saya, sekadar ingin berkongsi pengalaman. Saya sudah 6 tahun berkahwin dan punyai 4 org cahayamata. Dulu sebelum berkahwin saya pernah jatuh cinta dan ingin berkahwin dgn rakan sekolej tetapi hubungan tiada restu famili jadi kami berpisah dan hanya berkawan spt sebelumnya, selepas setahun bekerja famili kahwinkan saya dgn pilihan mereka supaya saya tdk berhubung dgn kawan/bekas teman lelaki saya, saya hanya menurut perintah jika itu boleh membahagiakan kedua org tua. Sehingga sekarang saya masih berhubung dgnnya walaupun sudah berkahwin tanpa pengetahuan sesiapa tetapi sekadar teman biasa. Saya bahagia dgn perkahwinan saya walaupun suami bukan pilihan hati tetap dia terlalu baik dan memahami.
Saya dan bekas teman lelaki ditakdirkan sepejabat kebetulannya kerana dulu belajar dlm bidang sama. Dia ada memberitahu susah untuk lupakan saya, bertahun2 mendengar ayat yg sama walaupun terang2 bersuluh saya isteri org. Walaupun dia hanya kawan tetapi cara dia ambil berat terhadap saya tu seperti lebih dari kawan menyebabkan kawan2 ofis lain begitu curiga.
Saya pernah menjauh dari dia seketika tetapi apa pula salah dia jika tiba2 saya sisihkan dia kerana sukar untuk dia lupa masa2 yang lalu, saya carikan calon isteri untuk dia...dan akhirnya dia setuju dan akan berkahwin tidak lama lagi.
Saya tumpang gembira dgn keputusannya tetapi dia pernah bagitahu perkahwinan ini adalah kerana pilihan saya dan dia mohon saya doakan agar dia boleh lupakan saya setelah dia berkahwin nanti. Dengan itu saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja secara diam2 selepas dia berkahwin dengan harapan dia boleh lupakan saya. Saya terpaksa berkorban kerjaya saya dan mencari kerja di tempat yg baru supaya dia lupa terus saya. Saya ingin lari dari fitnah dan saya sayang suami dan anak2 saya, saya risau jika fitnah dari kawan2 boleh meruntuhkan rumahtangga saya. Tidak dinafikan ada lah juga sedikit kesedihan di hati bila berpisah dari kawan yang banyak membantu selama ni, terlampau banyak perkara susah senang bersama, dari kolej sehinggalah hari ini. Tetapi lepas ini tiada lagi, semua itu tak perlu ada lagi kerana saya ingin akhirinya dgn cara yang baik..
P/S : Kak Mirror ucapkan syabas kepada puan kerana telah berjaya melawan bisikan iblis. Tindakan puan berhenti kerja demi menyelamatkan rumahtangga puan dan bebas dari unsur2 fitnah memang patut dipuji. Moga rumahtangga puan terus kekal bahagia hingga ke syurga - aamiin..... Cinta Tak Semestinya Memilikki...
Adda ni kaki novel..selalu gk baca jenis citer kawin paksa..akhirnya happy ending..romantik gitu..smpai dulu berangan nk kawin paksa..hahah..pengaruh novel punya pasal..tp sekarang dh ada anak sorg..xpyah la berangan lagi..hahaha
ReplyDeleteAdda - kalau kena kawin paksa dgn jejaka sehensem dan seromantik Aaron, ramai kot yg nak.. kalau dgn org tua bertongkat??. :D
DeletebeTul tu... cinta tidak semestinya memiliki...
ReplyDeleteAikkk...... deq Sue, dah sampai ke mari.... dah sihat ke?.
DeleteTake care of yrself... moga baby juga sihat.
kahwin paksa lebih baik dr terpaksa kahwin.. :)
ReplyDeleteBetul3.... kalau terpaksa kawin kerana TER****** mmg lagi haru.
DeleteSam
ReplyDeleteWahh boleh buat part time jadi kaunseling..
Ps: udahnya kata nak tunjuk melty hersley tu..??
Hahaha... sorry la Cik Yong, udahnya kita mkn melty hersey tu dlm keta... tak sempat snap dah ghaib di mulut... tinggal botol je.
Deletebagusnya puan tu..berkorban demi menjaga keutuhan rumah tangganya.takpa, kerja boleh dicari lagi, tapi nak dapat suami dan anak2 yang ada sekarang mungkin payah...
ReplyDeleteAgreed. Dia telah berjaya dalam jihadnya melawan nafsu dan bisikan syaitan.
Delete