Monday, April 22, 2013

Menghalau Stress

Tuan2 dan puan2...marilah nikmati hari-hari tua dengan ceria bersama pasangan anda...  Jgn gaduh2...dan jgn berbunuh-bunuhan.... cintailah pasangan anda sejujurnya.   Ya Allah...  Poyonya Kak Mirror ni... sabo je la kan..


Breakfast date kami pagi ni ialah..............................


keranamu Red Velvet Cake - I memilih cofee bean restoran  pagi ni...  (klu you tak menjelmakan diri di balik cermin kaca  itu, mungkin I tak menyinggah).   -->  lamanya I tak buat RVC, kenapa la I malas sgt sekarang ni??.  (sigh).

*utk resepi RVC - sila klik label RECIPE..



Memilih untuk melepak di balik pepohonan ini, rasa tenang dan mendamaikan... nikmatnya merayau time hari2 bekerja mcm ni, orang pun tak ramai.




Oh sowiee... I tak minum, minuman berkafien ye,...  ni IRP la ni, sapa lagi.




ini pun beliau punya..





Sambil2 IRP busy melayan customer di telefon, bininya membelek majalah...terpandang design baju LV ni... cantik la  .macam ketupat. patern dia nampak kemas di badan..  Buatkan I satu.. you all... utk raya taun ni ;)





Sebetulnya sebelum  melepak2 di Coffee Bean, City Square ni kitorang dah  breakfast kat Jalan Dobi (rekod betul, kami breakfast sampai 2 kali pagi ni) - ada satu kedai makan nama dia Raiza kot kalau tak silap.  Pernah pegi tak?.    Sedap roti Nan dia (I pilih roti nan cheese)..  Beli sekeping pun tak abis sebab besar sgt.









*Ain anak Mama... Ain tau tak, bila Mama melewati kedai2 kat City Square ni, Mama teringat kenangan saat  Ain kecil ( tapak kaki Ain  masa tu masih sebesar tiga jari Mama).......kat sini la kita dulu  selalu menghabiskan masa berdua (especially lepas Mama abis dari kelas menjahit).... kdg Ain sampai menangis2 kepenatan...  huhu... sedihnya.. Mama rindu Ain.

10 comments:

  1. MM..nak RV seketul...haihhhh..baru nak posa bab makan manis2 ni...terus teruja...kekekekee

    ReplyDelete
    Replies
    1. teruskan usahamu utk berposa manis Linda..
      jgn tergoda oleh rayuan gambar itew!

      Delete
  2. Sam,

    Cik Yong tak stress tgk RV tu
    tapi tambah stress tgk nan tu.. arghh.

    ps: Sam tak doyan kopi ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Yong - Bukan ke Nan kat UAE lg gebuz2....

      *bukan tak doyan, memaksa diri berpantang..... kan mkn rumpai kengkononnya. Tp kalau org dah hidang, minum je Cik Yong..

      Delete
  3. sesekali beri ruang dan kreadit u diri sendiri mmg TERBAIK

    ReplyDelete
  4. syoknya halau stress makan kek..

    tauke mmg syoklah, masa uruskan sdiri, klau stress boleh je makan...

    kalau kuli macam saya ni, stress, makan hati jela..hihi..apa nak buat? tunggu je hujung minggu ataupun malam yang agak free..

    jeles ni.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ololo....... ciannya. Tp sib baik ada 2 little hero yg mengubat stress tu kan?.

      Kitorang pun kdg camtu jugak Aisy... ada dtg angin busy... sampai tak dpt nak keluar langsung.. apatah lg nak mkn kek.


      Delete
  5. kak mirror sedapnya semua segala makanan atas meja tu..intan naknrembat semua leh..heheh...kak mirror, ni kat mana n? cam best je tempatnya...

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.