Tuesday, July 16, 2013

Pengalaman Melatih Anak Berpuasa

Assalamualaikum w.b.t


Letih ok!  (Cehhh mengalahkan orang berpuasa pulak kan.... eh opss!.  Tercakap pulak).   Hmmm...  sejak anak-anak makin membesar dan masing2 dah mula belajar berpuasa ni, "cuti puasa" dah tiada maknanya bagi aku.    Sbg motivasi kpd diorang yg berpuasa,  sahur pun aku pura2 sahur macam biasa.


Melihat wajah Shashal yg kehausan balik dari sekolah... tak kan pulak kita tergamak nak makan aiskrim depan dia, walau hati dah membuak2 rasa nak makan aiskrim yg baru dibeli kat JJ  tadi dgn penuh penghayatan .... tapi nak suruh Shashal naik atas, melengkar2 pulak dia atas sofa.   Haha.. sabor je la aku.


Bercerita tentang mendidik anak berpuasa ni, tentu korang lebih hebat sebab Shashal mula berpuasa dlm usia yg agak lewat... 8 tahun berbanding kakak2 dia yg berpuasa lebih awal lg.  Tapi aku tetap rasa bersyukur dan berbangga sebab  dia ni jenis kuat makan (kalau hari2 biasa, memang tiap 1 jam sekali mesti nak mengunyah sesuatu walau badan dia cekeding mcm mama dia) tetiba berkesudian pulak mencuba nasib pada hari pertama tu.   Memang tak menyangka sungguh la aku.

Pada malam kejadian (first day tu), memang kami all out (maksud aku.... aku, MIL dan somi aku la.... memang melayan dia macam anak raja gara2 nak menjayakan misi utk dia berpuasa penuh tu la).   Sahur tu kami buatkan dia menu2 yg memberikan tenaga especially telur, teh panas dan yg paling penting tentulah niat puasa, kena la baca.   




Ini antara destinasi berbuka pilihan Shashal last week...  Eden Hotel, JB.    Layankan je... sbg hadiah padanya sbb mampu puasa penuh tahun ni.   


Ada ustaz2 pesan... jgn berikan ganjaran sbg bayaran anak2 berpuasa nanti anak2 tak tau kenapa wajibnya kita berpuasa tapi lebih kepada nak meraih ganjaran tersebut.  So, dalam masa yg sama.... memang kami bagitau dia  kita berpuasa ni sebab perut kita dah penat bekerja berbulan2... bagi la dia rehat sebulan.  Nampaknya so far.. Shashal dah mula faham.   Asal timbul rasa lapar je.. dia sendiri yg akan motivate diri dia... 

 "Oh sian perut Shashal dah lama bekerja, dia perlu berehat".

Selalunya kalau dia balik sekolah dan rasa haus dan merengek2 macam nak minum... memang aku suruh dia cepat2 mandi ataupun tido dlm aircond..







.



baju raya Shashal  tahun ni -  biru tak berapa sesuai dgn kulit dia... tapi dah kena paksa
kakak utk pakai biru taun ni , pakai
je la Nak ye.. moga2 hensem!.



Harap2 anak Mama akan terus mengekalkan momentum keimanan....  dan membesar menjadi anak yg soleh.  Aamiin.

Begitulah epilog "Ustaz 2020  dalam pembikinan".  Cemana pulak dgn anak2 you all?.

6 comments:

  1. Anak bongsu belajar berpuasa dpat banyak reward, bestnya dia..

    ReplyDelete
  2. Anak-anak Mummy start puasa masa umur 6 tahun. Tahun ni tinggal Dafiy yang tak puasa... tak pe la dia baru 5 tahun pun. Puasa dah seminggu lebih kami masih belum ada buka di luar lagi. Dulu2 kami memang rajin buka puasa kat luar. Tapi bila dah tua2 ni (baca as umur bertambah) rasa malas nak buka kat luar. Rasa cam rushing jer.

    ReplyDelete
  3. Adda - sorry klu buat u terliur :)

    Aisy - hehe... kakak2 yg lain pun dpt juga reward sebelum2 ni.

    Mummy Gee - Congrats sbb dpt train diorang seawal 6 tahun. Satu cabaran tu, apatah lg budak2 lelaki (yg pastinya kuat mkn). :)

    ReplyDelete
  4. As salam sam,

    Tak posa eh..! hehehe... Kita pun ada 2 hari ponteng setakat ni sb tak larat...huhuhuu...

    Iman belum mula belajar posa lagi... 1 Aug ni dia 4 years... masih kecik lagi rasanye nak belajar posa... skrg train dia solat & baca surah2 pendek dulu lah... :))

    Moga ustaz 2020 menjadi kenyataan..insha'Allah... Ameen...

    Maksud ayat Spanish kalau nak share di wall FB tu, Marya lupa lak nak letak maknanya...

    Feliz Ramadhan a todos musalmanes en Malasia y todo mundo! - Happy Ramadhan to all muslims in Malaysia & all over the world! :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Marya...
      Thanks .... I dah share pun kat wall FB I itu ari. Tq. :)

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.