Saturday, April 30, 2016

Yang Buruk Jangan Terus Dibuang

Keja dlm team work, pelbagai kerenah akan kita temui.  Ada yg jenis malas nak gi meeting, ada yg tak punctual.. dsbnya. Sudahnya kita sensorang yg kulu kilir menyelesaikan masalah.

Tapi.. wait wait... yg buruk jgn terus dibuang.  Mr zamani bukan nama sebenar (sebab rupa dia mcm zamani slam) dah lama diminta oleh kawan2 lain untuk didelete  dari group sebab asik ponteng meeting.  Aku plak rasa kesian..  Aku rasa sungguhpun perangai dia pelik dan team member lain menggelar dia "lazy boy"... dia tetap berguna.  Orgnya sopan santun.


Dia mungkin ada minat lain.  Fikirku. Lantas ku suruh dia tolong aku masak je.. takyah incharge bahagian marketing pun takpe.. dah dia tak minat nak buat guane... kan?.  Pagi tu dia message aku...

"Sam... I am sorry.. I am coming a bit late".

Stress kan dengar?. Dah la tetamu dijangka dtg pkl 12 pm... dgn kekurangan korum nak siapkan segala menu.  Yg lain dah incharge bahagian dekorasi.. tak kan kita nak kacau.

Tak lama pastu dia muncul. Tersengih2 dia menegur aku.

"Hi Sam... ".

Aku yg memang jenis emak2 ni jadi kesian plak... dah malas dah nak bebel.  Dgn pantas dia tolong masak.. halus pulak hasil keja dia. Ternyata telahanku benar belaka.. "yg buruk jgn terus dibuang.. mungkin berguna di tempat lain".


Tak jadi buat satay versi Malaysia... sebab kena modify ikut selera org sini.


Black bean utk vegetarian




yuki udon... or japanese noodle


Nasi goreng india


Begitu juga halnya kalau adik2 di luar sana ada group assignment.. fikirkan apa task yg boleh didelegate bersesuaian dgn minat masing2. Tak mo gaduh2 dan stress hanya semata2 salah seorang antara anda kurang aktif. Pasti ada jalan penyelesaian. 



2 comments:

  1. Patutla semua menu nampak menyelerakan gitu.. ada pembantu yg kerja bagus ye.. legala ada juga sumbangan si zamani tu ye.. kat dalam panitia saya pun ada seorang yang lesen besar mcm tu.. adoi. Setakat ni memang geram la dgn dia.. agknya mmg dia ada minat lain juga yg kami blm tahu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.. betul tu Aisy. Kita kena berbaik sangka. Mesti dia ada minat lain. Kalau dah teruk sgt.. paling2 pun suruh je dia jadi photographer.. tlg ambikkn pix.. haha.

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.