Tuesday, February 28, 2017

Doa Untuk Pasangan Yang Curang

Doa untuk pasangan yang curang. Hari ni kita tolong silent reader ni ye..
Masalah beliau... "isteri disuspek curang". Masih sayang, puas berubat.


Doa?.    Doa untuk isteri... saya tak pasti, tapi doa dari isteri untuk suami,  ada banyak juga dalam koleksi.   Antaranya seperti yg telah dikongsikan oleh sahabat saya Pn Hjh Ct.    Mungkin sama je fungsinya kot utk suami dan juga utk isteri.   Wallahualam.  Saya copy je k.. apa yang beliau kongsikan.   Sila tanya kepada yg lebih arif.



Baca bismillah 21 kali
Fatihah 7 kali
Hembus kat ubun2, berdoa minta pada Allah...supaya suami tidak berpaling pada org lain


Yg penting si isteri, jaga tingkah laku..
Hormat suami sebagai ketua keluarga..
Jaga akhlak kita...
Pelihara hubungan kita dgn Allah...
Insha Allah...suami tak pandang yg lain...

Tip yg boleh suami amalkan..

#jgn tidur asing2... jgn pukul2
# solat jemaah selalu
#jangankedekut2
#romantik2selalu  - pegang tgn bila berjalan
#second honeymoon
#birthday beliau jgn sekali2 dilupa (sesetengah isteri sensitif menda2 begini, walau mungkin nmpk simple).
#show your empathy..
#layan beliau sebagaimana anda impikan anak2 perempuan anda dilayan baik oleh suami mereka nanti.


Tunjukkan usaha keras untuk berjaya, istri akan terharu bila melihat suami berusaha untuk membahagiakan keluarga.


Menurut Ustazah Atikah, kita isteri kena selalu baca Ya Hafiz Ya Muhaimin...

Boleh juga disertai doa..
"Aku serahkan suamiku untuk diawasi oleh-Mu Ya Allah."

Inshallah suami akan resah gelisah dan bersalah bila tiap kali nak melakukan kecurangan..
Tapi niat baca tu kerana Allah lah ye ..
Tak payah nak cctv bagai.. cctv Allah lagi besar.

Antara doa lain, Surah Taha ayat 39.


Simpati kepada suami atau isteri yang dicurangi pasangan.   Allah tidak akan tinggalkan anda walau sesaat.    Allah Maha Baik.


No comments:

Post a Comment

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.