Monday, April 17, 2017

Perkemahan 3 Hari 2 Malam Di Geraldton

Assalamualaikum...
dah terjanji kan itu ari nak cerita pasal perkemahan kat Geraldton.
Tapi punya la malas nak upload gambo..
so kita upload sikit2...
Maksudnya entry perkemahan ni akan bersiri2 sampai gambo dalam simpanan
abis terupload..  (mungkin akan mengambil masa 3 hari 3 malam... haha).


Persiapan Perkemahan ke Geraldton... (Drummed Cove Holiday Park).
1)  Sediakan duit  -  sebab tapak kena sewa.  Sesungguhnya tiada yg percuma kat donia ni ye adik2.        Tapak tu dalam 1K dollar (lebih kurang RM3k - RM4k) kongsi la untuk beberapa family.
2). Kalau tak nak berkemah, boleh pilih caravan atau bilik pun ada.. (tapi kami pilih kemah sebab lagi adventure).
3). Bawak la periuk belanga, stove, bahan2 masakan.
4). Boleh bawa charger phone, periuk elektrik.
5). Mandi?.  Bilik air ada. Nanti dia bagi kunci 1 family 1.




rombongan2 kami..






Hari tu Jumaat, so solat Jumaat kat mesjid ni...


Setelah hampir 5 jam drive... kami pun sampai la ke destinasi...
Kemahen posing depan kemah..
padahal belakang tu kemah kawan2.. grand kan? (dorang dah biasa buat aktiviti sebegini)..
kami punya tent come lote je sebab first time join.






Kemah kami sekeluarga sempoi je..
Tak bertilam... tapi kami bawa winter blanket (yg mampu menampung kesejukan)
Malam guna lampu yg Ain tah Qistina bawa ni.. (spt pix atas)..



Cumil je dianya ni... tapi mampu memberi efek pencahayaan yang romantik...




Kat tepi kemah ada kotak suiz ni..
so kalau nak bawa wayar extension.. sila la bawa...
Boleh cas phone dalam kemah..
but make sure keselamatan masing2..
pandai2 la adjust supaya tak terkena hujan dsbnya..






Malam pertama perkemahan...
Pesta rawon...



Rawon adalah satu menu Indo yang seakan2 soto..
Sepatutnya kami beramai2 masak...
suddenly bila ai balik dari mandi...
dorang kata dah siap semua...
Dasyat la dorang ni... caplin sungguh buat keja..
Maklum saja kami rombongan bersama Chef2 handalan sekitar Perth ni..


Hari kedua... lepas bersarapan bubur di kemah, kami ke Pink Lake!!!.
Tempat ni memang best...
walau terperosok ke dalam semak..
Seisi alam terasa merah jambu.
Masyaallah... subhanallah..
Memang indah ciptaan Allah.


Actually yang buat dia pink sebab dataran dia
bergaram kaler pink..
diselang seli pula dengan tumbuhan laut yang juga berkaler pink..



Ulat bulu dia je yang tak kaler pink...  ni masa nak meredah denai untuk ke tasik merah jambu tu....


Have a look!.   Nampak kan pink dia...
"bercanda di pasiran pantai.."


Wajah ai je yang hilang pinkish... haha...
bawak banana boat pun malas nak pakai...






Perjalanan diteruskan pula ke Kalbari...
Blom sempat upload lagi...
Tu biar "Makcik Enjoy" je yang upload nanti..










2 comments:

  1. Saya baca hingga habis. Menarik. Gambar cantik2, paling cantik gambar no 4. Mencerminkan penulis.

    Saya tunggu rpisod seterusnya.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.