Monday, May 1, 2017

Nasi Arab Almond Kenangan Hari Buruh Tahun 90an..

Happy labour day to all Malaysian!!
Aussie tak cuti.
Kami dah cuti 13 March yg lepas.


Sebut pasal hari buruh....
dan2 upload pix makanan plak...
Opo kono eh jang?.  Mental ea?.
Hahahaha...


Hari ni buat nasi arab..
Sekonyong2...  waktu menabur badam ke dalamnya..  teringat pulak akan kenangan silam.. saat2 menjadi "buruh" (eh buruh ke kalau hari2 keja pegang pen?).

Ain pernah cakap ...
"Cerita hidup Mama boleh jadi novel.".
Rajin pula tu bercerita dengan kawan2 baik di Uni  dari 1 babak cerita ke 1 cerita.  Adehh malunya Mama..


Ya... beliau (siapakah beliau... biarlah rahsia) masak nasi itu bersama hirisan badam ketika itu.    Kelihatan sungguh sedap sekali bersama limpahan yogurt di atasnya.  1 bungkus diberikannya kepada Puan L, rakan sekerja. (Kami hanya 2 org sahaja bekerja di situ).

Tak usah ditanya sama ada beliau memberikannya kepada aku atau tidak.. sebab aku bukan siapa2 di situ.  Aku hanya dikirimkan ke sana untuk mengumpul pengalaman dan wang untuk menampung yuran kalau2 ditawarkan menyambung belajar ketika itu.  Walau sudahnya di suatu pagi yg hening, bersama esak tangis.... aku mengundur diri kerana sudah tidak sanggup lagi berdepan dengan pelbagai onak dan duri.   Lagipun gaji ciput... haha.

So....   mengambil ikhtibar dari cerita di atas, sempena hari buruh ni..
1 pesanan ai...

"Some people at your job may not like you.. but u are there to make money.. not friends!"

Sekian.






2 comments:

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.