Friday, June 1, 2018

Gelang Coco Pun Malas Nak Pandang Bila...

Tiap kali dapat berita kawan sebaya meninggal je.. terkedu jap.
Inalillahiwainnailayhirojiuun.
Agaknya time ni kalau ada gelang coco depan mata pun.. ai buat tak tau sebab insaf sangat. 😅.


So,  korang kalau ada berita2 orang2 meninggal cepat2 bagitau ai ye.. moga keinsafan ai berpanjan2an dan berkesinambungan lantas memandang dunia ini sekadar sebelah mata.


Tapi jangan ler kisah2 orang dibunuh.
Harus ku ngeri nak baca.. Nok.😣😣.
Itu ari si Ain eksited bercerita tentang kisah Atok bunuh cucu kat sini.. takut Mama nak dengar... baik Mama scroll fb baca resepi KUIH KERBAU TERGOLEK.


Entah apa khabarnya kawan2 kita yg telah berada di alam barzah tu ye?.   Pada ai mereka ni memang advance sebab telah mendahului kita setapak.  Mungkin amalnya dah banyak hingga Allah memanggilnya kembali.

"I mimpi dia happy dan sihat..".  Kata Cik Anon  bercerita tentang Arwah A yg pegi 2 thn lepas.

Ya lah.. mungkin betul beliau dah happy "kat sana" (sebab arwah baik orangnya), kita je yg asik kesedihan mengenang sebab tak ada medium pengantara untuk berhubung bertanya khabar.... kerana apabila anak Adam itu meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya melainkan 3 perkara.. iaitu antaranya ilmu2 yg ditinggalkan.

Hari ni hari ke 15 berpuasa..
Moga dapat dimanfaatkan sepenuhnya kerana ganjaran 70 kali ganda berbanding bulan2 biasa.   Moga kita semua kembali pada-Nya dlm keadaan husnul khotimah.













3 comments:

  1. Assalamualaikum, Salam Jumaat & selamat pagi dari Ibu.

    ReplyDelete
  2. Good Morning, Mama singgah blogwalking sis mis mirror

    ReplyDelete
  3. Selamat pagi sabtu Ibu ucapkan pada sis

    ReplyDelete

Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.