Thursday, October 4, 2018

Angin di larut malam..

Penduduk Perth digesa untuk bersiap sedia dengan ramalan angin kencang malam ni. Jauhi dari pohon2, saluran kuasa dan lain2.

Winds may cause damage to property and make road conditions hazardous.


Patut ler dengar bunyi lain macam je kat luar tadi. Pohon2 berdesir ditiup angin. Tong2 bergendangan sesama sendiri. Joco enggan keluar rumah. Ikan menyorok di balik teratai. Itulah petanda angin kencang.


"Ma... Shashal just fried up some nuggets, you want some? ". Tetiba ada bayangan seorang gadis menyapaku di bilik. Terjaga ku dari tidur yg lena.




Oh Qistina rupa2nya. Sepinggan nugget bertukar tangan. Itulah nikmat seorang ibu sebenarnya. Bila kita keletihan.. ada sesuatu yg dihidang oleh mereka. Tapi tak la selalu berlaku. Ada mood2nya mereka ni. Haaa!. Kebetulan je ada rezeki mama dia mlm ni.. ada rezeki angin ribut, dihidang pula nugget panas2. Syorga!.


Ain?. Busy!.


Tadi saya dah masak kari daging sebenarnya. Makan dengan nasi panas2 dan sambal belacan. Lepas kemas dapo, alih2 tertido..


Ohhh indahnya cutiiii. Memang heaven. Tapi minggu depan dah start semula. Bertabah sajalah.

2 comments:

Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.