Wednesday, December 25, 2019

Pengalaman Mengerjakan Haji 2019

Assalamualaikum w.b.t

Bila terbaca balik entry lama 2013..  kisah tentang sahabat nak pegi haji tapi anak-anak tiada yg jaga.. saya pun dok mikir masalah yg sama (ketika menulis artikel itu).  9 tahun berangan (sebagaimana entri  2010 ) kini menjadi nyata.  Syukur sangat-sangat.   




Rupa2nya.. bila Allah dah panggil kita je.. segalanya Allah mudahkan dengan teratur dan baik sekali.  Thanks kepada semua yg terlibat dalam episode haji kami.  Hanya Allah yg mampu membalasnya.



Kad dari hubby masa buat kejutan.
Yg peliknya tak tulis tentang haji pun dlm tu.




Saya tak sempat mengikuti kursus jangka panjang ketika itu akibat kekangan masa (sebab tinggal di Australia).. dan visa pula lulus di saat2 akhir.  Perasaan tentulah berdebar2. Bermacam2 yg difikir dlm kepala -mikir tak dapat join kursus, mikir blom dapat pelepasan kuliah lagi.. pendek kata mcm2 lah yg difikir ketika tu.   Happy tapi dlm masa yg sama suspen.


Kursus Sendiri

Akhirnya kami suami isteri hanya mendapat bimbingan secara "intensif" dari kakak dan abang kandung saya (Ustaz Baha dan Ustazah S.A) mulanya secara on line sebab duduk terpisah benua kan.. lepas tu bila kami dapat balik Malaysia je.. gigih lah  mengetuk pintu rumah mereka demi mendapatkan tunjuk ajar.   T.kasih buat mereka semua.


Kelengkapan haji pun beli last minute.  Merata juga cari, sebahagiannya kat Larkin, Bee Pee dan Shah Alam ikut mana yg sempat, asal ternampak kedai kelengkapan haji.




Masyallah!  Kasih sayang Allah itu maha luas.   Dlm pada blur dan berdebar tu.. rupa2nya  sampai di Tanah Suci, mutawif2 sedia memberikan bimbingan lagi, idak ler kami terkontang kanting, selain tunjuk ajar kakak2 room mate (room mate haji) yg baik2 belaka dan tak jemu berkongsi ilmu.   Lega sangat masa tu.  Ada antara mereka ni dah pergi kursus tahun2 terdahulu  so, kat situlah saya memantapkan lagi info2 yang telah pun didapat masa pegi kursus..(what so call "kursus intensif " dgn kakak dan abg tadi tu lah).   Sambil baring2 kat katil sambil belajar, mereka pun tak kedekut ilmu.  


29 Zulkaedah kami bertolak ke Mekah, 30 Zulkaedah selepas Asar, umrah pertama.





Untuk anda yg bakal menjadi tetamu-Nya.. kalau dapat pegi kursus penuh.. Alhamdulillah.   Sedikit yg saya ingin kongsikan... sbg tambahan di sini ialah :-


PERLU FAHAMI MAKSUD HAID DAN JENIS2 WARNANYA

Yang ini memang penting untuk anda fahami.  Sila dapatkan bimbingan dari Ustazah2 yang bertauliah.  Perlu memahami apa itu masa naqa’ dan penyelesaiannya.

Ada doa untuk menyekat haid ... (kakak saya ada bagi tapi sorry sebab doa tu dari belog sapa tah... tak dapek ler saya kepilkan di sini sebelum mintak izin dengan penulis belog).   Yang ni Puan2 boleh tanya dengan Ustazah2 yang bertauliah.     

Cara lain mungkin dengan ubat...  tapi saya memang tak sempat ketika itu.  So hanya berbekal doa dan tawakal pada Allah  je lah.


Tapi  kalau dah makan ubat, berdoa pun masih juga berkeuzuran... usahlah bersedih hati bermuram durja... pasti ada la tu  hikmahnya.    





Istana Dajjal di puncak gunung



CARA MENCEGAH RAMBUT GUGUR 

Ketika dalam ihram, rambut jangan sampai gugur nanti kena DAM,  sehelai berapa riyal lupa la plak...so cara terbaik ialah usah biarkan rambut2mu mudah rontok ya Puan2....  Ya, semestinya puan2 harus memakai syampu anti rontok!.   Ha gitchew. Gurau je kay..

Cara terbaik ialah pakailah serkup kepala (inner) jangan bukak2...  room mate2 saya semua macam tu, mandi pun dengan serkup kepala uolzz... alhamdulillah bebas rontok nampaknya mereka.

Tentang dam tu.. kena bincang dengan mutawif berapa helai yg telah gugur.. then bayar.  Masa belum pegi dulu saya ingatkan ada orang yg mengawasi "kesilapan" kita pastu kena dam.. hihi..  rupa2nya kita sendiri yg kena pantau kesilapan2 kita.

Nota :.   Kena tahu mana yang dimaksudkan TANAH HARAM dan TANAH HALAL.



PELAJARI CARA SOLAT JENAZAH

Di Masjidil Haram,  selesai solat fardhu dan berdoa tu jangan terus bergegas pergi...  kalau nampak kiri kanan masih berdiri2... tu mungkin tengah siap2 nak solat jenazah.   Pahalanya amatlah besar sekali menyamai JABAL UHUD. 

So, dari Malaysia lagi uollz siap2 kan lah diri mempelajari cara2 solat jenazah.



Roti Arab yg besar gedabak!




JAGA KESIHATAN SEBELUM HARI ARAFAH

Hari arafah adalah hari kemuncak di mana seluruh jemaah akan berkumpul.    Sebelum tibanya waktu tersebut, jangan dok merayau2 kang kena batuk plak, batuk debu.
 
Kalau dah sakit tak syok ler pulak kan nak berzikir atau berdoa, solat dan sbgnya.  Tambahan pula kita akan tinggal dalam kemah beramai2 tak kira pangkat dan darjat.  




Spt yg dinyatakan oleh Ustaz dlm video kenangan ini, sesiapa yg tidak berwukuf di Arafah, hajinya tidak sah.  Jadi sila la jaga kesihatan diri anda.









Pemilihan fabric juga amatlah penting demi menentukan tahap keselesaan bergantung cuaca tempatan.  

Sbg perantau Australia yg dah biasa dengan cuaca dingin, it was very hard you know.. and  took a while for me to acclimatize with the weather in there.. (speaking la jap) tapi alhamdulillah Allah Maha Pengasih dan Penyayang tetiba dikurniakan hujan pada hari kejadian.   So tak lah panas sgt.. tapi sering disakat Makcik2 sejemaah.. orang Ostrolia mana tahan panas.. Haha..

Yang berlonggok2 tu orang berjualan..
Pix diambil sepulang dari mabit  - Hari last





SENTIASA BAWAK KURMA

Manisan kan penting, especially untuk energy.   Bawaklah dalam hand carry kita tu.   Sekurang2nya kalau bukan kita yg memerlukannya, mungkin untuk rakan2 jemaah.  Team kami aritu ada dua org yg mengalami hypo akibat malam tu kami cuma makan roti (kita kan tekak Melayu nasi kena ada kan?).. dan esoknya bergegas ke Mekah untuk tawaf.   


SAMBAL

Kalau nak berbakti dgn kawan2.... bawaklah sambal dari Malaya.   Pasti jadi  rebutan.
Teringat betapa sedapnya sambal kering Makcik Utaqa tu... Dan sambal hitam Pahang Datin H...  Masyaallah tetiba rindu plak saya nak makan.  Yummy!.






Toilet di Arafah


Ubat Batuk

Semasa di sana, ubat batuk made in Malaysia yg dibawa oleh kakak room mate sangat berjasa atas izin-Nya.  Macam lebih serasi jika dibanding yg dibeli di Mekah. 

Ada juga kawan2 lain ikhtiar dgn cara lain.. antaranya minum kicap.   Atau mungkin boleh cuba guna hirisan bawang bombay + madu seperti yg dikongsikan oleh Doktor ini.


TAK SEMUA TIP SESUAI UNTUK KITA

Sebelum pegi ada terbaca saranan di sebuah group FB, bawak telekung saja tapi tak payah bawak kain dia.... tapi apa yang berlaku amatlah berbeza sekali Puan2.  Sebabnya sekali sekala kita hanya mampu solat di bilik.... dan ketiadaan kain  tersebut amatlah menyulitkan sebab kita terpaksa cari stokin.   HAND SOCK juga sesuatu yg penting sebab kita nak melontar jamrah.

So kesimpulannya... bawalah mana yang kita rasa selesa dan ikut syariat. Jumlah bilangan berapa jubah, stokin, baju basahan dll adalah SUBJEKTIF pada individu. Ada orang dia perlukan kurang, ada org perlu bawa lebih baju. Bergantung kpd sejauh mana mudah atau susah untuk kita basuh atau mendobi baju di sana.






Manik mengira jumlah tawaf - bawak mendalah ni senang sikit.   Ketika tawaf fokus!.  Jangan berubah niat plak.  FOKUS!.  






Antara doa yg dianjurkan ketika di Arafah.

Masa ni kami kena bawak tikar sebab nak kena duduk tempat lapang.  Muat2 untuk 2 org.. Tak yah gedabak sangat kang penat plak nak mengangkut.





Bimbingan secara on line masih diteruskan  oleh kakak saya (Ustazah S.A) walaupun ketika saya sudah di Tanah Suci, especially bab hukum hakam.





Masjid QUBA - bersolat di sini menyamai satu umrah.  Masyallah.
Sebab tu la para wanita yang tak haid atau mungkin dah menopouse sangatlah beruntung sekali.
Ada tu yang pagi2 dah pegi dengan teksi.





Beli rantai ni semata2 untuk mengenang memory silam (arwah ayah pernah belikan dan hilang ditelan waktu)








Menziarahi rumah kawan hubby di Madinah, berborak sampai awal pagi.








Tetiba patriotik... haha...
Menyambut Kemerdekaan Malaysia di Tanah Suci..
Pic dari atas bas masa bersiap2 untuk pulang ke tanahair.







JANGAN CERITA DINGORAT ARAB

Orang2 sana memang peramah, suka budak.   So pesanan saya jangan pula bila balik kita beriya cerita dgn orang kita dingorat Arab dsbnya.   Entah la... saya rasa macam tak manis pulak kalau kita cerita sebegitu.. sebab org sana memang peramah dgn semua pelancong. Marketing strategy la tu.. Even nenek 70an tahun pun dorang akan beramah tamah.   Tak tau lah org lain... Lain org lain pandangan kan... this is my personal opinion...  apa yg saya perasan... kita jgn jalan seseorang untuk mengelakkan semua tu dari berlaku.  Pakai niqab jika "mampu".


In fact... saya ada juga jalan sensorang sebab ada hari kita "tak boleh solat" kan.. nak minta hubby teman nanti mcm mengganggu ibadahnya pula.   So pandai2 lah jaga diri.  





Sepulang haji, terdengar ulasan seorang Ustaz ni.. di YouTube..


Maksudnya kita kena husnuzon dgn Allah..




Akhir kata, saya doakan semoga anda semua dapat menjadi tetamu-Nya dalam masa yang terdekat ini.  

"Allah bukan mengundang "yang mampu" tetapi memampukan yang diundang".


Pengalaman di sana... alhamdulillah sangat indah sekali dan akan selalu dirindui.  Saya ucapkan jutaan terima kasih khasnya kepada suami sebab Allah telah gerakkan hatinya memberikan peluang yg sangat bermakna ini.    Moga Allah menghadiahkan beliau Syurga tertinggi.  Aaamiin Ya Robbal Alaminnn.





p/s. :.  Moga bermanfaat... Dan pada yg berada di Tanah Suci nanti jangan  lupa doakan saya ya.... saya cuma minta doakan... "Penulis blog Miss Mirror, Puan Sam diberi rumahtangga yg sakinah, pulang  dgn HUSNUL Khotimah dan dikurniai Syurga Firdaus... Masuk syurga tanpa hisab. Aamiin...".


Nota :.  Sila baca juga tentang RAHSIA di Masjidil Haram   untuk sedikit maklumat yg mungkin berguna.   Boleh juga lihat gambar suasana jam di pagi aidil adha dan tempat melontar.





3 comments:

  1. Alhamdulillah.. Terima Kasih atas perkongsian MM..

    ReplyDelete
  2. subhanallah seronoknya !!! dijemput menunaikan haji. rezeki sangat. bila sampai masanya Allah akan mudahkan untuk kita =)

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.