Rumusan ke atas permasalahan manusia2, hikmah2 di balik kejadian dan sebagainya.. kerana kita diperlihatkan dengan mata sendiri apa kesudahan sesuatu telenovela itu. Itu lah rahsia di balik napa diberi umur panjang. Tak kira la.. sama ada kisah tu kisah kita sendiri, kisah melalui pembacaan atau kisah2 masyarakat... yg pasti ianya telah membuatku belajar...
Aku belajar bahawa... Orang yg bersabar, akhirnya lambat laun Allah berikan bahagian mereka.
Aku belajar bahawa... manusia yg zalim akhirnya bila Allah berkehendak, "kun faya kun"... maka jadilah... dgn sekelip mata.
Begitu juga aku belajar... Kdg yg miskin pun boleh jadi kaya sekelip mata.. atas kehendak Allah dan hukum keajaiban.
Aku jua belajar bahawa... ALLAH itu Maha Adil.. seadil2nya!!. Tidak sekelumit pun kekurangan insan, jika tiada kelebihan di sebaliknya... Dan tiada kelebihan insan.. melainkan tersembunyi pelbagai kekurangan di dalamnya.
Dan sungguh!! Aku belajar bahawa... rezeki yg terhebat adalah ketenangan hati. Tanpa hati yg tenang.... walau badan dah macam "kedai emas" pun dah tak ada makna.
Aku belajar bahawa... orang yg banyak berjasa pada keluarga (berkorban wang ringgit demi membantu ibu bapa), akhirnya Allah hadiahkan banyak perkara indah di hari tua mereka. Anak2 yg solehah, berjaya dsbnya... Dan begitu pula sebaliknya. Masyaallah!. Insaf. Wallahualam.
Aku belajar... Setiap apa yang dibuat... akhirnya akan kembali kepada pelakunya.
Ia umpama bumerang.
Aku belajar... Setiap balasan atas perbuatan baik atau buruk, tidak akan tertukar.. semua dibalas sempurna.. hanya menunggu waktu sahaja.
Astagfirllah..
Aku belajar bahawa...
Masa menyembuh segalanya..
10 tahun kemudian atau..
5 tahun kemudian.. apa yg kau pernah tangiskan bermati-matian..
akan menjadi bahan tawa pula bila kau kenang semula..
Aku belajar bahawa..
Jika kita ingin tahu watak seseorang,
Maka ajaklah dia bertukar pemikiran denganmu..
Sebab dengan bertukar pemikiran itu,..
Kita akan mengetahui kadar keadilan dan ketidakadilannya,.
Kebaikan dan keburukannya..
Aku belajar bahawa.. bila aku tidak ikhlas menjadi diriku sendiri, ia memicu pada lebih ruang kehampaan..
Aku belajar... Dan terus belajar..
Dari situ aku belajar erti bersyukur..
kerana menyedari... Tiada lah sia2 sesuatu kesabaran itu.. melainkan ada pengakhiran yg indah.. spt mereka.
Alhamdulillah atas umur yg masih tersisa ini.. moga banyak lagi yg boleh aku belajar.
Alhamdulillah...semoga kita semua dapat mengambil pelajaran dan pengajaran dari setiap apa yang berlaku di sekeliling kita.
ReplyDeleteMudah2an Yan...
Deletekebahagian milik masing-masing(jika tahu bersyukur), kan? klau nk jd tauke mmg tak dapatlah semuanya
ReplyDeleteYe Aisy...
DeleteKebahagiaan itu sebenarnya terletak di hati dan cara mana seseorg itu bijak menangani apa juga halangan dan cabaran dlm hidupnya.