Intro dan dailog di bawah mungkin buat orang nak muntah sikit... tapi niat sebenar bukan itu, so... readers silalah bertahan hingga ke penulisan yang terakhir sebelum membuat sebarang kesimpulan yang aneh ye. Kekeke.. At least ai dapat juga lari dari topik Corona or Covid 19 atau kisah artis2 meninggal yang membuat ai susah untuk melelapkan mata di malam hari.
"Sam.. Saya tengok, awak kelihatan lebih menarik dari tahun lepas... "
Semalam kawan ai yang jarang bercakap tu tetiba mengajak ai berbual pulak. Seorang wanita Eropah yang tinggi semampai dan suka bergaya.
"Oh ye ke?. Terima kasih." Jawabku.
"Mungkin sebab pilihan warna2, baju, kasut, solekan yang sepadan sejak tahun ini berbanding tahun lepas. Oh awak beli di mana?". Tanyanya lagi.
Of coz lah dengan bangganya ai jawab... dari tanahairku tercinta, Malaysia. Ai cakap...tahun2 sebelumnya ai tak balik, so tak sempat lah untuk membeli semua tu dari sana. Especially bawal blink2 dan kasut oren yang menjadi tumpuan minatnya tu. Semua tu tak jual kat sini so far.
So topiknya apa sekarang ni?
Topiknya ialah.... JOMMMM CUTI2 MALAYSIA!!. (dedicated to all my Aussie's friendsss)... kerana di sana banyak jualan yang cantik2. Ha gitchew!. In my personal opinon (hasil telekkan masa melawat kawasan tempohari), peniaga2 di sana dah mula pandai menjiwai keinginan pelanggan in term of bentuk badan, ketinggian, kaler kulit, syariah compliance bersesuaian dengan penduduk setempat.
Next. Masih dengan topik shopping. Tahun lepas ai beli bingkai spek ni di Aussie dan balik Malaysia ai tukar lens ikut prescription. Tapi bila pakai ai rasa gatal2 plak... tepi hidung macam keluar merah2. Ai dah terpikir agaknya orang tu jual fake items. (sorry terburuk sangka.. :P).
Balik Aussie, ai try pakai lagi..... ehhhhhh ok pulak!. Selesa dan tak gatal2 lagi. So, kesimpulannya... kadang2 sesuatu itu mungkin tak sesuai di negara lain.. tapi sesuai di negara pengedarnya/penjualnya. Jgn terburu2 untuk membuangnya pula. Sebabnya.. seseorang penjual pasti dah buat customer research dulu sebelum membuat sebarang jualan apatah lagi untuk item yang mahal2. Wallahualam.
yang penting.. karipap pakcik Aussie ni sedap... sesuai dengan selera penduduk tempatan. |
Shopping Di Sana VS Shopping Di Sini
Bagaimanapun... ai bersyukur sebab ada satu brand baju kat Aussie ni dah mula menjual jeans2 gedoboh ala bell bottom dan tak ketat (kawan2 sini walau pun non muslim, mereka pun lagi suka ai pakai cenggitu nampaknya...). Ye la, ai pun takut juga kalau pemakaian ai mendatangkan dosa... lagi2 dah tua gini. So dengan alternatif ni.. kurang2 dapat la juga pakai jeans tapi masih kategori "OK"... walau tak la seOK orang yang mampu berjubah hitam bagai... haaa...
Kiranya itu pun strategi pemasaran yang berjaya bagi penjual baju tersebut.... sebab telah pun berjaya membaca impian ai selama ni. Thanks...
No comments:
Post a Comment
"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.