Selamat berpuasa. Dah alang2 tak tido ni elok lah publish je entry yg dah tersadai dalam draft. Aritu ai buat tauge.
Kat sini tauge murah je pun.. 2 dollars dah dpt byk. Tapi tangan ni gatal je nak bereksperimen.. walhal kacang hijau je dah 4 hingga 5 dollar sepeket. Tak praktikal langsung Sam ni.
KAEDAHNYA...
Mula2.. rendam lah kacang hijau selama 12 jam.. Selepas 12 jam baru lah masukkan dlm besen berlubang.. atau apa2 saja yg ada di rumah.. janji berlubang2.
Gigih tu.. siap beli colander pinkish..
(abaikan penapis kopi yg kecik tu.. langsung tak de kena mengena, tapi tersnap sebab baru beli).
Boleh je "ternak" dalam botol..
Tapi ai tak rajin plak nak menebuk botol..
Setelah "mereka" dimasukkan ke dlm penapis pink tadi tu.. masukkan pula dlm besen besar yg tidak berlubang.. atau dalam bekas bertutup yg gelap gelita.. lagi gelap, lagi subur ye!. Tauge2 ni penakut dgn cahaya... bila terekspose je dia jadi cekudud!.
Sebelum tutup besen tu.. Tutup dulu dgn kain yg bersih.. tak yah kapas bagai.
Kalau ada rice cooker yg tak diON suiz tu.. elok lah simpan kat sana.. sebab tertutup dan gelap gulita. Tapi jgn sampai terlupa plak..
Nota : Setiap 12 jam alirkan di bawah pili dan masukkan semula ke tempat gelap yg bertutup.
Ok Day 5 tu ai dah masak buat lauk..
Tapi sebab bulan posa kan.. ai tak upload la kat sini.. nanti ai terliur plak.
Then day 6 apa cerita plak???.
Tadaaaaaa!!!!!!.
Masuk hari ke 6.. ai kembali sibuk dan terlupa kewujudannya. Lantas apa yg berlaku??
.
.
.
Dah boleh masuk group "Masak Apa Tak Jadi" - kata kawan2 ai..
"Apa tu Ma??????".
Terkejut anak3... sebab Mama dah buat hiasan meja. Sebenarnya Mama nak tanam atas tanah bila free2 nanti.
Nota :. Hari ni Ramadhan - Day 1
No comments:
Post a Comment
"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.