Sunday, April 26, 2020

Dari 2 Menjadi 10

Assalamualaikum...

Lama tak update tentang Covid 19 di Australia.   Hari ini ada perkembangan Baru.

From Monday 27 April, the limit of people for an indoor and outdoor gathering will be raised to 10 people, based on expert health advice...

Dari hanya dihadkan 2, sekarang naik kepada 10 orang.  Ok la tu.. alhamdulillah. Tahniah Western Australia.   Maksudnya kalau sapa2 nak meeting, wedding.. dah boleh dah 10 org.   Tapi terawih mesjid.. blom lagi ler.


By the way...
Ai masih belum bersedia untuk pergi ke mana2 majlis.   Setakat keluar beli barang dapur.. terserempak jiran lantas berbual kat tgh Jalan.. itu pun masih dgn hukum 1.5 metre social Distancing.

throwback pic last year bersama teman2.. now tiada lagi pemandangan begini..


FITTING ROOM TUTUP

Singgah kejap cari "baju Raya"... Eh!!.  Fitting room semua tutup.   Bagus juga cara begini.. demi keselamatan org ramai.
So, terpaksa la ai cuba depan cermin luar je.. janji dah tahu saiz.

"Oo tu baju raya Mama ye?".  Tanya Qistina yg turut menemani.

Baju raya lah sangat!!.   Cuaca dah mula sejuk, terpaksa beli baju tebal sikit demi meraikan Ramadhan yg meriah ini.   Mungkin tak meriah bagi org lain.. tapi meriah di hatiku.   Asal bangun pagi terasa macam 1 Syawal je... Alhamdulillah nikmat dia lain macam... sebab anak3 ada di rumah (on line learning)... meriah ler tuuu!.   Ditambah dengan kenakalan si Joko bulus yg pelbagai perangai.  Nikmat apa lagi yg harus didustakan??.






Nota :

2 person limit will be lifted to 10 people.

Picnics, fishing, camping, boating, home opens will be permitted.

10 people will be allowed at weddings.


#catatanmusimCovid

1 comment:

  1. semoga dipermudahkan urusan n dijauhkan dari wabak virus covid yg jahat nih.. aminn

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.