Assalamualaikum uollz..
Haritu ai ada bercerita tentang khutbah raya tu kan?. Eh tak.. penyampai khutbah a.k.a Pak Imam. Masyallah.. ai rasa beliau mampu membangkitkan keinsafan.. atau erti kata lain.. ada aura dan messagenya sampai kepada pendengar.
Bayangkan.. ai mulanya mengantuk di balik telekung baru yg kupanggil "telekung kecewa" sbb sepatutnya ku pakai untuk terawih bersama ibu mertua yg tak jadi dtg. Mananya tak mengantuk.. mlm raya sibuk merendang.
Bila beliau (Pak Imam) sebut tentang kenapa kita diuji (Covid).. sekelip mata segala sedih yg bertandang di sanubari hilang begitu saja. Syaitan2 yg bergentayangan dan main buai di kelopak mata tetiba putus jari2 mereka jatuh ke lantai.. lantas menangis pengsan mati anak beranak sebab telah gagal membuat ai tersedu sedan di Hari Raya yg mulia. Padan la muka dia!. Balik lah dirimu ke tempat asalmu..
Antara hikmah Covid.. kat bandar parking free. Thanks Australia. Lop U.
Pohon2 maple berdaun Merah sebenarnya banyak kat US je.. tapi syukurlah ada juga kat sini. Ni pun penyeri Aidil Fitri.
Catatan ini dibuat di raya ke empat.. tak sangka masuk hari ni ada tiga jemputan berSOP (limit 20). Alhamdulillah.. ada juga org sudi jemput raya. Tapi... satu pun ai tak pegi. Bukan sebab takut Covid atau apa.. ai yakin kawan2 ai sihat2 belaka.. cuma tetiba mood raya ai ke laut.. haha.. semua atas faktor cuaca.. sejuk!. Takut ribut taufan.
Thanks to all my fav shopping complex for
any sales especially scarfs and hijabs
before the Eid..
Btw.. Jika kita tak dpt pegi open house.. haruslah maklumkan awal2.. at least quota 20 tu mereka boleh jemput yg lain. Tapi ini hanya di Aussie sahaja ye.. tidak valid di Msia lagi. Uoll di sana bersabarlah. Tunggu "Hadiah Besar" Allah akan bagi untuk kita semua nanti. Aamiin Ya Robbal Alaminnn..
P/s :. Lupa nak tanya kawan2 kat Malaysia khutbah raya korang apa tajuknya?.
Khutbah sekarang memang banyak pasal covid. Betul2 meruntum jiwa, terasa insaf, terasa tak banyaknya amalan kami kalau mati, terasa nak lebih berkasih sayang dengan keluarga..
ReplyDeleteSemoga wabak ni cepat hilang dari bumi ni. dan semua selamat
cuba nanti akak close up sikit gambar pokok maple tu... macam cantikk je...
ReplyDeleteInshaallah.. kalau ke sana lagi.
DeleteTak banyak pokok berdaun merah kat Aussie ni.. hanya beberapa lokasi je yg merimbun2.