Thursday, June 11, 2020

"Pulut Dakap Versi Mekah".. setelah hampir setahun..

Assalamualaikum uollz..

Orang2 kat Malaysia tengah sibuk dengan pulut dakap..  alhamdulillah bagus lah tu.. "menyimpan harta" untuk hari muka sambil berblink3!!.

Ai kat sini plak ada ni je... Huaa... kedai emas sini tak jual pulut2 dakap semua tu puan2. Kalau nak maksudnya ai kena buat sendiri lah.. tapi pulut panggang la versi stapler... haha.. (Just kidding).  In fact.. keobsesan pada emas pun dah mengurang sebenarnya atas faktor usia.




Ingatkan hilang ke mana.  Terjumpa balik khazanah penuh bermakna ni ketika nak membuang kotak2 tak berguna tadi ni.  Tak de la mahal pun.. tapi tersembunyi pelbagai kenangan manis.. sebab beli kat Mekah tahun lepas..jalan  reramai dengan kawan sebilik.. beli di sebuah daerah bernama Shisha.



Sedar tak sedar dah nak genap setahun.  Betul kata orang.. bila dah jadi kenangan.. kita akan rindu.  Masa nak pegi punya la berdebar.. tiap detik asik memikir..

 "Apa akan berlaku lepas ni?". 

"Panjang umur ke tak?".

"Betul ke naik bas kat sana bleh mabuk?".

"Ya ke drebar bas sana bawak bas teruk sangat?".

Itu lah yg bermain di fikiran ketika itu sebelum pegi.. dah macam over thinking pun ada.  Mana taknya.. pelbagai blog ai baca ketika tu.  Pelik juga pikiran ni bleh terhasut.. sedangkan pernah juga naik bas di sana masa umrah dulu2.. cuma takut kalau haji lain plak keadaannya.



Rupa2nya... dugaan tiap orang tak sama. Mungkin sebab ai takut sangat benda tu berlaku.. Allah tiadakan benda tu.  Bukan tak naik bas.. cuma tetiba rasa macam 6 jam perjalanan rasa macam sejam plak sebab banyak tido dlm bas.  Bangun2 tetiba ada camera man bagai..menghala ke muka. Senyum je lah dgn muka yg polos.. (ya la tak kan bermake up plak kan?).  Rupa2nya. agensi pelancongan Madinah tgh buat promosi..  patut la dapat bunga dan pelbagai hadiah lain... ais krim, kurma, kekacang, sejadah dll... sangkakan ai mimpi jadi diva ke apa.. haha..

23 Ogos 2019
Disambut mesra oleh "pari2"
dlm perjalanan dari Shisha ke Mekah






Buat anda yg dapat panggilan di tahun2 akan datang (tak pasti tahun ni ada ke tak?)..  Duyufurrahman..do your best! Stay positive!.

Jika kena postpone pun.. jgn bersedih.. ikut macam Mufti Menk cakap.. Jika apa yg kita rancang jadi.. gembira lah.. TAPI jika apa yg dirancang tak menjadi.. gembiralah dua kali (ganda) sebab maksudnya kegagalan itu plan dari Maha Pencipta.  Apa2 jua yg ditentukan oleh-Nya pasti terbaik buat kita dan tersembunyi pelbagai hikmah. Inshaallah..


4 comments:

  1. pulut dakap malaysia..saya mampu tengok saja buat masa sekarang, lagipun kurang berminat sangat dengan emas sekarang ni mungkin faktor usia juga hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mama AA - Haha.. Jap lagi U nak buat majlis (Mak Tam tunang ke apa saya terbaca semalam).. harus kena beli tu seketul!. Haha..

      Delete
  2. pulut dakap termahai boleh didapati di Malaysia..
    saya takut la besar2 tu.. pakai halus2 ja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pulak tak sesuai yg besar2.. tak padan dgn tgn yg kecik kurus.

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.