Monday, June 15, 2020

Teman2 Yang Positif

"Alhamdulillah for all the problems I have..".  Kata beliau.

Ibunya telah meninggal lama, hidupnya penuh berliku.. tapi masih mampu mengucap syukur atas segala masalah yg dihadapi.

Whatt??.   Kami terkesima..





Our problems lead us to Allah. Our desperation puts us face to face with a God who is the only one can fix broken things.

Yes it might not change our situation immediately but at least it changes us.. inshallah.

Ha'ah.. betul tu.   Hidup ini kalau manjang happy je.. tak logik pulak.    Dugaan dan cabaran itu lah kadang yg buat kita jadi "lebih baik" dan sedar yg kita cuma insan biasa.

Kadang dugaan kecil muncul untuk menghalang dugaan yg lebih besar pula.
Tiap orang tidak dapat tidak pasti ada je ujiannya.. ada orang tidak diuji dengan kewangan.. tapi diuji dgn kasih sayang, ada orang tidak diuji dengan suami.. tapi ibu mertua.  Ada orang tidak diuji dgn ibu mertua ditatang bagai minyak wangi yg penuh tapi.. adik beradik pulak wat hal.  Haihhh pendek kata.. selagi namanya donia!.


Oh ye. Bagi yg diuji dengan ibu mertua tu.. ai sarankan uollz pegi lah add fren geng2 positive di luar sana.. yg solehah dan rajin menjaga hati org tua.. siap gesa cik abg belikan MIL dia pulut dakap bagai..  Aduhhh maunya MIL tak syg.  Kadang orang tu sekadar stranger je.. jumpa kat FB atau blog tapi bahana aura positifnya itu.. boleh berjangkit2 pada org sekeliling.  Kalau kita ada anak menantu.. kita pun happy kan dpt menantu cenggitu.. hihi..
Shashal.. pls take note!. 👻.


P/s :.  Andaikata kau mengetahui punca segala takdir2 itu.. nescaya kau akan menangis teresak2 kerana telah BERBURUK SANGKA dgn Allah Yg Maha Pengasih & Penyayang.



2 comments:

  1. mmg ujian kan mother in law ni.. ujian emosi. tapi betul tu kita kena make sure our circle adalah yang baik2 n positive saja. yang toxic campak jauh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siti - Alhamdulillah jika kita bukan tergolong sebagai insan yg menerima dugaan2 tersebut. Takut tak terbawak.. lantas jadi derhaka pula (akibat tak bertegur sapa atau termasam muka dsbnya). Nauzubillahiminzalik. Selisih amit2.

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.