Pic credit to :. Nu.or.id (tapi ai dpt dari FB seseorang.).
"Terpeleset" jika dimelayukan ialah jatuh melungsur mungkin akibat permukaan yg licin.
Itu soal semut.. dan balasan di akhirat. Ini pula kisah seorang gadis baru pulang sekolah... terpleset masuk dalam parit.
Ai pun pernah mengalaminya... jatuh bawah jambatan. Tapi nasib baik ada semak samun, bukan dalam air. Kalau tak.. tentu anda tak dapat membaca cerita ini... sebab ai dah bersemadi di Syurga-Nya. 😀.
NOVEL!!.
Berbeza pula dengan seorang gadis yg ingin ai ceritakan ni. Terjatuh dlm air bersama basikal tuanya. Tapi bukan di sungai tersebut, parit. Ia sekira2 dalam setengah kilometres dari sungai itu. Dapat dibayang wajahnya yg solehah sejak lahir itu meronta ketakutan basah kuyup dalam air. Mesti dah nak nangis lah tu. Hihi..
Pertolongan Allah selalu ada di saat kesulitan. Mungkin asbab solehahnya dia dan selalu mendengar cakap ayah ibu. Rajin menolong di dapur, kebun dan sebagainya.
Seorang Apek (sebenarnya tak lah apek sangat.. muda je lagi..) tetiba lalu di jalan itu dengan motor buruknya, terkejut dan berhenti. Beliau adalah jiran kami di kebun. Baik orangnya dan peramah. Hidup sederhana.. rumah kecil chinese style dulu2.. tapi di kampung lain.
Dengan sekuat tenaga.. walaupun kurus, mendiang Apek telah menarik basikal itu keluar dari parit. Maka dapat la gadis itu menyelamatkan dirinya dari terus hanyut dgn memaut pada basikal yg ditarik oleh Apek tersebut. Alhamdulillah..
Hari berganti bulan, bulan berganti tahun.. tetiba suatu hari ai balik kampung, terkejut melihat perubahan rumah Apek yg dahulunya papan dan kecil telah bertukar menjadi banglo yg besar dan cantik. Memang miracle sungguh dan tidak sekali2 menyangka hidupnya bertukar drastik begitu sekali!!. Rupa2nya Apek telah menang suatu pertandingan (tak pasti apa yg dimenangi).
Sungguh semua itu rahsia Allah tapi entah kenapa bila ai terbaca perkataan "terpleset" dalam quote tu baru2 ini... immediately minda ai terus teringat cerita Mendiang Apek dan gadis terpeleset tersebut... dan mengaitkannya dengan balasan Allah di dunia ini kerana telah berbuat baik. Wallahualam. Hanya Allah sahaja yg mengetahui.
Whatever it is... terus la saja berbuat baik dgn manusia mahu pun mahluk2 lain .. kerana ia akan melantun semula kepada kita. Begitu pula sifat2 yg sebaliknya.
Tidak ada balasan kebaikan kecuali kebaikan ( pula )( Qs. Ar rahman : 60 ).
Setuju dengan MM, selagi mampu buat baik walau sekecil zarah.
ReplyDeleteKelakar cerita jatuh masuk parit, kenangan hehehehe
LZ - Haha... Memang kelakar bila dikenang, dugaan seorang Ustazah menuntut ilmu di sekolah.
DeleteKalau nampak semut jatuh dalam air minum memang angkat tapi kadang-kadang terganas terpenyekkan.
ReplyDeleteNA - Haha.. next time bagi dia cawan lain. Haus tu.
Deletekite mudahkan urusan orang, insyaAllah nanti mudah urusan kite juge :)
ReplyDeleteNARD - Inshallah.
Delete