Bahagia melihat dia membesar depan mata. "Budak" anugerah Illahi. Joko yang bawa dia balik.. kalau tidak makanannya sampah belakang rumah. Makanya sekarang dia trauma tiap kali dibawa keluar.. cepat2 masuk rumah. Kehidupan perit masa lalu sebagai anak gelandangan mendewasakannya. Nyeri yang pernah dijalani menjadikan dia lebih bersyukur dgn perjalanan hidupnya masa kini... meski sekadar menghabiskan waktu 24 jam di rumah.. berbanding Joko yg kuat merayau.
"Ma... pelik la dgn Chanel tu, macam mana dia bleh happy walaupun cuma duduk rumah?". Kata anak3.
Masa baru2 sampai... comot lagi..
tapi cute.
Dia pun tidak kenal siapa ibunya. Puas kami bertanya jiran tetangga, namun tak siapa mengenali siapakah budak misteri ini?. Mungkin nyeluman dari alam buana. Kah kah kah... Kidding. Yang pasti ia adalah hadiah dari Allah untukku supaya terus bahagia menjalani hari2 kelam yg lalu ketika pandemic mula merusuh dan merobek tangkai hati. Masyallah!. Nikmat apa lagi ingin kudustakan?. Pilihan di tanganmu.. untuk bersyukur atau kufur?.
Now semakin ceria..
Throwback..
Now
Semoga anak mama terus ceria. Dia mengajarku erti sebuah ketabahan. Pasti Allah datangkan dia bukan sesaja tanpa tersembunyi hikmah dan pengajaran di dalamnya. Till now dia makan tak cerewet macam Joko (Royal Canin saja)... tapi boleh makan speghetti, roti, ayam goreng dan apa2 je yg ai makan dia mesti mintak sikit.
p/s. :. Oh baru perasan karpet kita dah buruk!!!. Jom shopping karpet.
Ok itu senang hati selalu ada di rumah. Kalau merayap, risau tidak balik ke rumah pula.
ReplyDeleteAlhamdulillah ada penyejuk hati. Kucing kuning saya sudah lama tidak nampak.
NA - laaa siannya. Mungkin si kuning dah bosan PKP lama sgt kot, lantas keluar mencari hiburan.
Delete