Assalamualaikum guyss..
Sebenarnya nak post gambar kuih yg kawan ai munjung siang tadi.. tapi takut esok ai plak yg terliur melihatnya. Jadi kita ganti dgn gambar ni ye, tadi ada seorang hamba Allah bertanya di komen youtube, macam mana nak hilangkan "evil eyes" (penyakit ain/penyakit mata hasad). Banyak cara.. tapi cara terbaik... jika mampu.. lari la dari social media. Mungkin anda akan menemui sebuah ketenangan yg abadi bila mana orang tidak lagi dapat menjejak kisah hidup anda.
Bukan nak kata "evil eyes" berpunca dari kesalahan orang semata, orang tu pun kadang tak salah.. cuma lupa untuk memuji Allah dalam memberi pujian pada manusia.
Jadi.. apa kata ikut cadangan Ustazah ai ni. Jgn tinggalkan solat sunat qobliah subuh.. Tapi untuk kes mengelak dari kedengkian manusia. Sebenarnya pernah post di entri lama.. tapi kot beliau terlepas pandang.
Berbalik pada kisah kuih punjungan kawan ai tadi.. beliau datang sambil memberitakan pembatalan open house tahun ni dengan wajah yg tenang. Bukan saja tenang tapi di balik mask yg dipakai.. masih mampu bergelak ketawa lagi. She was the one who urged me to buy baju raya sebenarnya.. sbb nak raya sesama makan ketupat rendang di rumahnya lepas balik mesjid. Tapi siapa sangka semua ini akan berlaku setelah persiapan dibeli?.
Nak tau kenapa kansel?.
Tiga hari lepas... Kami kat sini kembali lockdown ekoran satu kes. Lepas lockdown.. mask masih mandatory dan semua perhimpunan hanya limit 20 orang sampai sekian tarikh. 1hb kot.. dan selalunya lepas tu sekadar tambah jadi 50 to 100 mcm tu lah. Mana best buat open house kalau cenggitu kan?. Kang ada yg merajuk tak dijemput.. dah hilang plak matlamat bersilaturrahim.
Alhamdulillah... ekoran "terjangkit" dgn kesantrian (santri bermaksud warak) dan ketabahan penduduk2 Perth.. dapat lah daku menerima musibah ini dengan redho. Ya la.. malu la pulak tengok mereka cool je menjalani cubaan ini, tetiba plinggggg muncul daku sorang di tengah2 masyarakat majmuk ini yang lain dari yg lain pulak.. berkeluh kesah meratib nasib... kang memalukan rakyat Malaysia ler pulak... Hahaha.. so keep calm Sam for the sake of your country.
"Be happy instead.. sebab Allah pilih kita untuk diberi seringan2nya "hukuman" di dunia dlm bentuk seperti ini, berbanding balasan api neraka yg menyala2 atas dosa2 lalu."
Joko pun terpalit sama dlm "hukuman" ini... kakak2 dia tak benarkan keluar.. dah tak pasal2 ai terpaksa kunci bilik di mlm NUZUL QURAN ini sebelum rasa bersalah melihat muka si bulus merayu2 untuk keluar rumah. Sekian.
saya pernah lari kejap dari media sosial. memang taksangka, rasa banyak masa, rasa tenang, takyah fikir banyak 😅 tapi tulah, skrg dh kembali bekerja dengan melibatkan media sosial. harap satu hari nanti dapat lari terus hehee
ReplyDeletebtw Malaysia semalam 3k kes :/
Shafyqah - Thanks testimoninya Sis. Masyallah..
DeleteBetul itu jauh atau kurang kan media sosial. Hehe saya aktif cuma dalam blog. Memang pernah 'puasa' tanpa internet memang banyak masa dengan al-Quran.
ReplyDeleteJaga diri dan tabah dengan ujian yang lambat habis.
NA - kannnn... Once dah dpt merasai fadhilat2nya sendiri akan timbul addicted utk terus menyepi.
Delete