"Apabila kita redha pada sesuatu yg mengecewakan hati kita percayalah, Allah akan ganti semua itu dengan sesuatu yg tidak dijangka2". Ternyata janji Allah itu benar.
Sejak lockdown dan disusuli restrictions aritu... memang ai dah pasrah, kalau tiada apa2 Eid Event akibat Covid, ai ingat nak raya cara Aussie style je lah.. minum2 di Coffee House dgn baju raya.. janji anak3 happy. Memang pasrah.. tiada yg tidak pasrah melainkan pasrah belaka.
Tapi... di hujung terowong, selalunya ada lampu terang yg menunggu. Tiap hujan yg lebat pasti akan berhenti. Akhirnya kuman2 lari tak mo kawan dgn orang2 Perth lagi dah setelah menjelangnya 10 malam terakhir aritu (begitulah analogynya.) Alhamdulillah..
So dapat la raya. Terimakasih kepada warga Malaysia Hall Perth yang telah menyediakan menu yg lazat2 belaka di pagi raya. Tapi sebelum ke sana.. ai dah masak dah rendang daging kat rumah. Dua hari sebelumnya pula rendang ayam utk iftar. Motif :. Supaya anak3 tahu.. raya dan rendang berpisah tiada, ia adalah menu warisan yg harus dikekalkan sampai bila2.
Untuk menaikkan lagi mood.. takbir raya pun dikumandangkan sepanjang malam. Tapi youtube je lah. Hihi.. Tak sangka rupa2nya ai strong. Semakin didengar semakin terhibur.
Bear in mind :. Raya untuk bergembira, bukan berduka ye.
Melihat anak3 happy.. kita pun jadi happy. Tengok kedua bonda kat kampung redho.. semangat kita pun jadi lain.
Bila dihitung fadhilat2nya, malam raya kali ni paling nyenyak tido sepanjang hidup.. lena hingga ke pagi. Sebab tak banyak yg dimasak berbanding tahun2 lepas sambal goreng bagai. Itu lah tanda Allah sayang supaya berehat...
Shopping Carpet Di Pagi Raya!!!
Alhamdulillah. Ok itu dapat makan makan tradisi kan.
ReplyDeleteselamat hari raya kak mirror... mohon maaf zahir dan batin...
ReplyDeleteAlhamdulillah..meraikan raya dengan penuh meriah dan bergembira.
ReplyDeleteSelamat hari raya. maaf zahir batin :)