Monday, January 24, 2022

5 Tip Supaya Maintain Cool Ketika Menunggu

Credit kepada yang buat video ini.    Semalaman ia menjadi terbiah buat diri sendiri.   Hampir nak menitik air mata melihat seekor hinzir  dgn gigih  membuang halangan di jalan raya.  Caption pun menginsafkan dan memberikan inspirasi.

"Walaupun selalu dihina, ada juga kebaikan yang dibuat."




Do good to others. It will come back in unexpected ways.     Berbuat baik bukan untuk minta pujian dunia, buat kerana Allah je.   Tak kira lah dgn orang yg suka kita mahu pun haters yang paling termeluatttttttt sangat dgn kita.
Itu lah ibrah dari video tersebut.  Thanks sangat kepada yg buat.

Hari ni ai  ada urusan di sekolah anak.  Dah menduga  cuaca yg panas berdentum boleh memungkinkan munculnya sifat2 mazmumah dlm diri sebab kita ni manusia biasa.   I mean long queue itu kadangkala boleh menguji kesabaran insan.

Dibimbangi kalau2 kita mendengus dan TERmengeluh. Karang dah tergolong sebagai orang2 yg kurang sabar pula dan menjatuhkan nama negara tercinta.  Nauzubillahiminzalik.   Jadi kita kena la bersiap siaga dari rumah lagi agar hal itu dapat dibendung dan dapat maintain cool walau di mana pun berada.  Di gunung mahu pun lembah.. ala2 princess yg classy, duduk sopan santun tepi penjuru, tak kacau sesiapa. 


1).  Datang tepat waktu.   Kalau terkocoh2 nanti tak cun. 

2). Kasut - Dah tahu tengah panas, jangan la nak menggedix pakai kasut boot.    Janji tak nampak kaki sudah.   Ingat tak dulu zmn skolah kenapa kita boleh berlama2 assembly tgh padang tanpa mengeluh?.  The power of Allah and the power of our shoes.

3).   Baju ringkas2 je.. janji menutup aurat.   Kain sejuk viscose.

4).   Makan lah siap2 kat rumah.   Kalau lapar ditakuti kita bertukar jadi singa.  Nanti tak lawo.  





5).   Pakai mask mampu menutupi wajah bengis kita.  Hahahahaha 😜.   Alhamdulillah ai sejak pakai mask ni dah tak de masalah dgn manusia.     Ai senyum ke.. tak senyum ke.. alhamdulillah orang tak nampak.

Ok itu je.  Mungkin idea ini terpakai untuk lain2 perkara.. contohnya ketika  menunggu giliran vaksin, giliran di klinik, balai raya, Uni, renew lesen, air port, potong rambut,  bayar bil, tunggu bas, keretapi dan lain2.    InshaAllah anda akan mampu bersabar walaupun terpaksa menunggu 2 jam.   Sambil tu jgn lupa berzikir dan berselawat.

Ok teman2 blogger kalau nak tambah boleh tinggalkan di ruangan komen.   Moga pahala berpanjangan hingga liang lahad. InshaAllah  whoever guide someone to goodness will have similar reward.   Aamiin..



6 comments:

  1. Betul itu. Kadang-kadang lapar dan has yang jadi macam singa.
    Nak beri tips bawa payung.

    ReplyDelete
  2. Duduk tunggu smbil layan tik tok...

    ReplyDelete
  3. dan pakai mask...bila ada makanan terselit celah gigi kita kuis2 pakai lidah takde sapa perasan ahakssss..

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.