Monday, March 14, 2022

Bila kita terasa hodoh tetiba orang kata muka kita macam artis

Ramai orang disamakan wajah mereka dengan Mendiang Tang Mo Nida.   Ai pulak lain kisahnya.    Jangan maree, ini content sahaja ye.




Kemarin dalam pada mood melihat muka sendiri tengah ke laut.... tetiba  cek messenger ada kawan text.. (bila tak de mood dgn muka sendiri kdg up pun pix kasut je).

"Muka orang ni (artis) macam Puan Sam..".  Tulisnya sambil memberikan link drama yg ditonton.    Ai pun klik..

"MasyaAllah.   La bella la bestia!!!.   Thanks anyway... you made my day."



Ai pun google nama artis tu dan terjumpa pix beliau yang bertudung.. so kita tepek kat sini.



Walaupun beliau ni dgn ai  ibarat "la bella la bestia" (bahasa Itali yg bermaksud beauty and the beast) tapi anak2 sedara ai  mengiyakan pulak keirasan tersebut, mungkin sebab dah lama tak jumpa makcik mereka sampai lupa wajah makcik mereka yg sebenar.   Itu la untungnya terpisah benua ni.   Tua kita orang tak nampak.   Wakaka.

"Aku bersyukur Ya Allah. Kau bagi aku muka yang cantik/hensem ini.  Aku suka Ya Allah. Aku redho Ya Allah".   Ustaz pesan supaya kita ucap macam ni tanda kita bersyukur dgn kurniaan-Nya.


P/s.  :.   Wajah kita bergantung pada mata dan hati yg melihat.    Sebab tu kita boleh terlihat cantik di mata2 orang yg menyukai kita dan jadi hodoh di mata orang yang membenci kita.   Just quote rekaan, tiada kena mengena dgn sesiapa.



No comments:

Post a Comment

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.