Tuesday, July 19, 2022

Cara Memanggil Orang Hilang

Dengar berita malam tadi celebrity TV3 hilang. Mesti hiba seluruh ahli keluarganya. Ibarat batu menghempap kepala. Kesiann. Hilang sejak November 2021.  Difahamkan dompet dan semua barangan peribadi spt duit dan IC masih ada di rumah.   Moga Zalina Azman, 58 dapat ditemui semula.   Gambo sila google.

Itu kisah hilang di Malaysia.   Masa ai pegi haji dulu.. ada dengar2 juga  celebrity lain hilang kat Mekah. Tapi tak tahu la betul ke tak sebab tak dengar pun dalam mana2 berita. Mungkin dorang sesaja nak nakut2kan ai supaya jangan jalan sensorang kot.   (Psssttt.. tapi ai jalan juga, sebab ai bukan celebrity).





Cara Memanggil Orang Hilang Pulang Ke Rumah.

Alang2 dah tercerita kisah missing person, mari kita bincangkan topik ini.   Baca pada komen2 di sos med, nampaknya ramai yg melalui.. malah ada yg sampai belasan tahun anak tak pulang2.

Zaman ai kecik2 dulu kalau orang hilang selalunya orang2 kampung akan beramai2 cari malam2 buta.  Alhamdulillah ada yg muncul balik kat belakang rumah, kadang bawah pokok,  kenyang makan mee goreng.

Orang2 zaman dulu ada pelbagai tip untuk memanggil orang (especially anak) balik ke rumah.  Tapi entah la sama ada itu mitos atau bukan.  So, untuk jalan selamat tak perlu lah ai kongsikan.




Baik ai kongsikan cara yg lebih islamik ni. Untuk ibu2 yang hilang anak,  boleh baca Surah Ar Ra'd ayat 31 sebanyak 31 kali , sambil baca sambil membayangkan rupa anak tersebut. Sambil2 tu banyakkan solat hajat.. kalau boleh 20 rakaat.  InshaAllah jika yakin dan Allah izin, Allah akan permudahkan.   Base on testimoni seorang hamba Allah.



Boleh juga baca ayat ini.   Ini juga untuk barang hilang.  InshaAllah dgn izin-Nya.  Credit to :.   Ustazah SA.. kakak saya.   


Ada juga yg bersedekah makanan yg disukai anak tersebut kepada jiran tetangga.  Ada yg azan depan pintu diakhiri dgn doa2 tertentu.  Wallahualam.


Zikir Ya Mu'id.   Dibaca 124 kali setiap hari sesudah solat.



Jika doa pun sudah, solat pun sudah.. serahkan semuanya pada Allah, lapangkan hati.   Dia yang lebih tahu.  Ingatlah bahawa semua takdir-Nya baik untuk kita.  Sekian.


4 comments:

  1. Ketinggalan zaman. Tidak tahu pula pembaca berita hilang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. NA - Sebab tu pepagi buta ai tros update.. supaya NA tak tertinggal keretapi. Hihi.

      Delete
  2. Ammi pun baru baca berita kehilangan pembaca berita ni semalam. Pelik...she went missing since Nov last year tapi dah July baru kecoh2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Ammi. Lama tak nampak Ammi bersiaran.
      Terhibur Ammi muncul semula.

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.