Saturday, September 24, 2022

"Jangan tengok cermin malam2.. "

Assalamualaikum..

Mirror Mirror on the wall!!

Mirror neurons ialah sejenis sel otak yang bertindak balas secara saksama apabila  melihat orang lain melakukan tindakan yang sama.   Sebab tu anak kucing ai Si Chanel walaupun sayang sangat dengan Mamanya,  tetap juga mengeluarkan kuku bila ai nak dukung, sebab Chanel anak yatim piatu, tak de ibu yg mendidiknya berkelakuan sopan terhadap "bibik".  (Eh!. Tak mo ai dipanggil 'bibik', now pencinta2 kucing tgh trend Mama kucing dipanggil bibik, tapi ai tak nak... ai adalah MAMA!!.  Hihi).




Harapnya anak3 me"mirror neuoron"kan yang baik2 saja dari kita.    Cik Q ada juga simptom2 nak jadi "Miss Mirror Junior" sepulang event Uninya malam aritu, tapi cepat2 ai tegur.

"Tak baik tengok cermin malam2... nanti terkena antooooooooo!".   

Saja ai gurau sambil ketawa mengekek, sebenarnya nak suruh dia cepat2 mandi.  (Bertahun2 jadi warden mereka, bab mandi dan gigi adalah hal penting yg sangat ai titikberatkan, so anak3 sila lah berasa terhutang budi dengan Mama untuk hal ini.  ๐Ÿ˜†).


Dan alhamdulillah, Cik Q dengar nasihat ai (tentang cermin, tapi bukan kerana hantu.. tapi kerana wujudnya nilai2 tidak berguna berangan lelama), lantas segera beredar.




Tu la makanan2 yang dibawa pulang Cik Q supaya Mama dan adiknya makan.  Mungkin hasil mirror neuron dari ayahnya yg suka belikan makanan..๐Ÿ˜†๐Ÿ˜† (ah tetiba puji suami pulak.. ini contoh sahaja ye untuk sesuaikan dgn topik.  I know semua ayah di dunia ini suka bawa balik jajan termasuk my late dad). 

Kita semua memiliki neuron cerminan yg sifatnya mampu memantulkan emosi orang yang bercakap dengan kita, bila percakapan kita tenang dan ceria, pendengar  juga akan mempamerkan reaksi yang sama.

In conclusion, bila kita sering dilayan baik, automatically kita pun akan buat perkara yg sama. Akibat termirror neuronkan layanan2 baik kawan2 yang banyak membantu masa wedding Ain aritu, rasa existed sangat nak pegi majlis mereka pula dan memberikan yg terbaik.  Rasa macam nak contohi dan copy paste bagaimana mereka mampu senyum sepanjang majlis, memberikan sokongan moral, menteramkan hati kita yg nervous dan sbgnya.

We are a product of our environment.  



3 comments:

  1. Mirror... Mirror... who is the beautiful? Hehehe...

    ReplyDelete
  2. Wahai cermin ajaib, bawa kan beta ke negeri Miss Mirror๐Ÿ‘“

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.