Sunday, November 20, 2022

Majlis Siraman Pengantin

Majlis siraman adalah ADAT para bangsawan Jawa di mana seorang bakal pengantin akan dimandikan oleh 7 orang Tukang Siram bergilir2.    

Rasa berbesar hati bila dijemput  my bestie untuk menyiram puterinya yg manis rupawan. Majlis telah berlangsung di Kingspark sehari sebelum akad nikah.

Rupa2nya  ada kreteria2 tertentu yang telah ditetapkan untuk menjadi Tukang Siram. Selama ni ai sangkakan semua orang boleh siram macam kita buat renjis2 dipilis si air mawar ala2 pengantin2 di Malaysia tu.

Jommm kita tuliskan di sini sebagai pengetahuan am.

Kreteria Tukang Siram..

  1. Seorang yang telah berkahwin, tidak bercerai.
  2. Telah memiliki keturunan.
  3. Memiliki anak yang telah bernikah.


Priority kepada yang berakhlak baik dan solehah supaya lebih berkah la kot (atas izin-Nya).  Aamiin. 


Sebelum pegi, ai buat juga homework, supaya tak la nampak kekok sangat walaupun tak de pengalaman sebenarnya.   Pernah nampak pun sekadar tengok kat IG artis2 Indonesia dan last sekali Mas Idayu nikah aritu.


Siraman  dimulakan di kepala, then kedua2 bahu kiri dan kanan, last kaki.  Di akhir acara, pengantin akan diminta mengambil wudhu dibantu oleh ayahnya then didukung.


Oh ye.. semasa siraman dilakukan, tetamu2 lelaki dibawa ke bahagian lain supaya tak nampak.  



Antara yg terhidang ialah nasi tumpeng.



Air untuk siraman pula adalah campuran air dari 7 mesjid  serta air zam2.   Teringin juga ai nak ikut mandi biar bertambah solehah dan kinclong (hihi.. kidding).   Sib baik la cuaca agak sejuk waktu itu pukul 9.00 pagi.


Sebelum tu upacara dimulai dengan bacaan doa dan ceramah agama.    Betul bagai dikata Pengacara, siraman ni sebenarnya bukan saja untuk bakal pengantin tapi untuk hadirin yg hadir..  sebab majlis bertukar sebak dan ramai yg turut mengalirkan air mata bila acara sungkem bermula kerana ucapan Pengantin dan bondanya amatlah menyentuh hati.  (Maksudnya Penyampaian mereka "sampai" kepada yg mendengar). Secara bahasa ringkasnya sungkem ni  adalah upacara mohon restu ibu bapa demi melepaskan anakanda tercinta untuk hidupnya yg baru (bersuami).   



Pengacara menggunakan dwi bahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Jawa Halus.   Untuk info.. bahasa  Jawa halus ini sangat berlainan dgn bahasa Jawa kasar dan selalu digunakan oleh para keraton Jawa (Bahasa Istana).    Alhamdulillah so far ai masih boleh faham.


Balik tu pun ai masih "insaf" dan sebak.  Terus lebih banyak tumpukan waktu untuk anak2 yang masih dalam jagaan sebab takut nanti kalau mereka kawin ai nangis2 plak.  Haha.





Sebagaimana kelaziman pengantin2 Jawa, harus ada bento yg dibawa pulang oleh tetamu.   

Didoakan moga kedua mempelai terus berbahagia till Jannah.   Aamiin YRA.   Alhamdulillah untuk semua pengalaman ini.


4 comments:

  1. Wow..menarik tradisi ni...agak2 masih banyak x diamalkan..mana tau bleh experience...

    ReplyDelete
    Replies
    1. SA - Dah tak banyak diamalkan. Budak2 skg dah buat "adat baru" henna night. Haha. (Anak saya la tu).

      Delete
  2. Kat tempat cikbunga tak der... Malam. Berinai ada... Itu pun buat ngan family member laaa... Biasa. Kat Melaka malam. Berinai nie pengantin perempuan ngan lelaki pakai baju Melaka dan pengantin perempuan akan pakai sanggul lintang... Dulu berat hoiii... La. Nie dah. Moden ringan kot😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. T.kasih atas perkongsian Cik Bunga. Walaupun zmn skolah selalu buat rombongan ke Melaka, blom pernah pegi lg majlis berinai org Melaka.

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.