As for me, antara nikmat2 yg diberi oleh-Nya ialah masih berpeluang menyambut malidur rasul walaupun di negara orang. Thanks my friend sudi mengundang ai aritu.
Antara nikmat lain juga ialah bila ditemukan dengan Makcik2 yg lebih senior dari kita tapi masih sihat walafiat. Mendengar ceritanya saja terus terjangkit aura2 optimis mereka. Hasil temubual, husnuzon adalah antara kunci kesihatan utk teguh berdiri melewati hari2 tanpa tersayang (suami mereka meninggal). Happy sokmo walaupun hidup sendiri, tak pandai drive pun. (Segan pulak ai nak tanya ada anak ke tak).
Begitu lah puan2, sometimes, we need to learn from the people who have walked the path before us. Mereka yang matang usia ini ada banyak timbunan cerita berharga. Belajar lah dari cerita dan pengalaman mereka itu, kerana ia mampu mengurangkan risiko sesuatu tindakan.
Mengikut pengalaman ai, golongan2 ini juga akan mudah memahami emosi kita yang belum stabil (berbanding yg sebaya), maka perjalanan persahabatan jadi lebih smooth tanpa drama. InshaAllah.
Banyak pengalaman hidup mereka yang dapat dikongsi bersama. Benar. Saya setuju. Kita perlu belajar tentang kehidupan daripada mereka.
ReplyDeleteAmie - kan. Ilmu dan pengalaman mereka sgt berharga.
Delete