Friday, January 13, 2023

Bazaar Musim Panas di Cannington

Biasanya bazaar di Dewan Cannington ini berlaku hanya di bulan puasa saja dan agak "kontot".  Kekontotan itu membuat ianya tak berapa menyeronokkan sebab jualan terhad.   Sebab tu  walaupun dibuat setahun hanya sehari (bazaar ramadhan itu) adakala kami tak pegi. 

Tapi berbeza bazaar cuti musim panas kali ni, agak ramai peniaga2 Perth yg join. 




Pukul 5 petang mereka start, tapi kami pegi lepas maghrib. Antara jualannya ialah jubah, minyak atar, shawl2, eksesori2 dan pelbagai lagi.  Barang2 dagangan seperti ini membuat jiwa rasa bagai sedang bermusafir di bumi anbiya walaupun bukan.  Serta merta gembira tak tentu pasal lantas bersyukur kepada Illahi.




Bagi peminum kopi, nikmat bertambah  sebab kopi dan air panas percuma tersedia di atas meja, tinggal bancuh je.   Bagi pendiet caffien macam ai.. terpaksa la beli bakso untuk menyeimbangkan suasana dingin malam.    

Sebelumnya kami beli beberapa ketul samosa dari penjual Somali untuk mengalas perut sebelum melangkah ke dewan jualan, nak beli Satay Malaysia kena beratur panjang, malas pula.





Walaupun tak banyak yg ai beli, berbanding Cik Q... tapi happy dengan baju punjabi ini sebab fabrik dia selesa.   



4 comments:

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.