Sunday, July 23, 2023

Bisikan Ablasa Membawa Kemurungan

Assalamualaikum.   

Macam-macam cara syaitan menggoda manusia.   Kalau kita dah faham rentak dia, inshaallah akan menang.   Setkan KPI untuk zikir2 anda.  


Cara syaitan mengoda manusia:


a) Ia menghembuskan di telinga masuk  hati sebelah kanan. Ia dibantu oleh hawa nafsu syahwat pengaruh kuat buat benda yg tidak berfaedah.


b) Ia  menghasut di sifat pendengaran kita (bentuk oktagon).


c) Ia pukul hati  jantung kita boleh menyebabkan kesakitan dan gangguan perasaan.


*Tujuan supaya manusia berada dlm keadaan lupa Allah dan sesat dari jalan yg lurus.






*Hikmah Kisah di zaman nabi

a) Diwafatkan putera nabi semasa kecil - utk elakan perbalahan dikemudian hari.


b) Syaiditina Aisyah difitnah (dlm peristiwa Al-Ifqi) setelah perang dgn Bani Mustaliq)

Rujuk Surah An-Nur (ayat 11-19)

- Hikmah jgn mengumpat dan memfitnah)



Cara mengatasi serangan hembusan godaan syaitan yg mempengaruhi melalui panca indera, akal, hati, kemaluan, salur darah dll ialah...


 "Jangan layan.  Lawan melalui zikir, nasihat2, tidur dan anggap ia tidak kekal. Utk elakkan godaan syaitan yg akhirnya lupa dan sesat kpd Allah."


*Bagi wanita godaan melalui sifat  'Cemburu'  berada antara jantung (sadr)  dan hati (qalbun)

- Ia ada yg kecil, sederhana dan besar.

- Kisah cemburu Aisyah dan  Hafsah (R.Anha) kpd Rasulullah.


Kata Malik bin Dinar ra berkata:

 "Sesungguhnya musuh (syaitan) itu dapat melihat anda, sedang anda tidak dapat melihatnya."


Kata Dzunnun Al-Musri: Ringkasan: 

"Syaitan dpt melihat kita  tetapi kita tidak dapat melihat syaitan. Manakala Allah dpt melihat segalanya. Mohonlah pertolongan kpd Allah dari gangguan syaitan."


Utk perlidungan banyakkan baca Surah An-Nas terutamanya lepas solat dan beberapa surah lain.


*Bahawa dada anak Adam @ manusia adalah tempat (saluran darah) bagi syaitan.


Cara godaan


a)  Di hati - berbentuk hembusan dan pukulan.

b) Telinga - berbentuk hembusan dan hasutan berterusan. Dibantu oleh nafsu, hawa syahwat.

Masuk dlm darah manusia dan sukar ditolak  kecuali dgn pertolongan Allah. 


Cara menolak: 


a) Semangat cita2  (Uluhiyyah)

b) Sibukkan diri beribadah kpd Allah (Rububiyyah)

b) Tetap @ Istiqamah

c) Tawakal.


"Allah sengaja menjadikan syaitan sbg musuhmu, kerana Dia ingin menuntunmu menuju kepada-Nya. Dan Allah menggerakkan hawa nafsumu, agar engkau sentiasa menghadap kepada-Nya."


Moga bermanfaat.  


5 comments:

  1. W'salam Kak Hjh..Kebetulan saya ada baca sebelum ni, syaitan suka menghasut isteri/ibu dalam sesebuah keluarga kerana isteri/ibu adalah watak utama dalam keluarga.. Kalau isteri/ibu tadi termakan hasutan nescaya akan rosak keluarga tersebut, wallahualam.. Banyak pengajaran dari perkongsian Kak Hjh ni.. thanks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. LZ - menarik perkongsian LZ.. sgt bermakna utk direnung oleh kaum2 ibu. T.kasih.

      Delete
  2. Apa pun rumah adalah tempat kita nak bina dan membesarkan keluarga makanya solat berjemaah bacaan quran dan amalan lain harus sentiasa diamalkan..

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas perkongsiannya kak.. setuju dgn TT di atas tu.. amalan solat berjemaah bersama keluarga mmg byk hikmahnya

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.