Monday, December 11, 2023

Bila peti ais tetiba rosak dan beli baru lambat pula sampai

Tetiba peti ais rosak hari tu.  Dah la banyak lagi bahan2 mentah yang kami dah beli.   Tak kan nak ketuk pintu jiran pulak untuk meminjam ruang peti ais mereka.     Seakrab2 mana pun.. seboleh mungkin ai tak nak kacau hidup mereka.

Survey peti ais baru, mereka pula hanya boleh hantar 2 hari berikutnya.  Alamak!    So misi menyelamat pun bermula. Malam tu ai goreng mana2 yg boleh digoreng.  My MIL awal2 dah goreng ikan dan daging2 dah direbus.    Meriah!.  Dah macam raya lah pula.


Sambil tu ai terus mengulang ingat hukum ini. The 'temperature danger zone' for bacterial growth is 5°C to 60°C. To ensure food safety, minimize the time food spends in this range, and refrigerated items should be kept at 5°C or below.

(Suhu panas utk makanan sekurang2nya 60 C, suhu sejuk pula haruslah sekurang2nya 5 C utk mengelakkan pembiakan bakteria).






Pagi2 bangun.. terus panaskan semua yg dah direbus dan digoreng malam tadi.   Ada yg terus dimasak (kicap, sup dsbnya).   

So.. every 4 hours ai cek semula dan panaskan lagi.   Ingat akan hukum 4 hours ni ye puan2.

Malam bukak peti ais bahagian fridge.. oh masih keras lagi! Tetiba ternampak kelibat ayam berempah masih terselit di celahan air batu.  Risau mulanya, sebab ayam2 ni tak boleh memain macam yg lain2,  silap2 boleh kena salmonela, nauzubillah... tapi sebab keadaannya masih dlm kategori keras, kerisauan beransur pegi.  Segera ai masukkan dlm air fryer.  Tapi makan pun sikit je.. utk try test.  Kekeke.  Esok pagi bangun tak sakit perut baru sambung panaskan dan makan lagi sampai habis.





Selain ayam, malam tu kami goreng juga bahan2 frozen yg masih berbaki.. antaranya salami dan hot dog.  

Sayur-sayuran tak bermasalah.   Bhn2 tenusu pula terpaksa jadi habuan pakcik tong sam (pah) sebab dah jadi tairu.

Alhamdulillah 2 hari berlalu dan peti ais baru pun sampai. Peti ais yg rosak, orang tu pun dah punggah. Lega tak berlaku banyak pembaziran makanan atas kejadian itu.   Lesson learned... sebesar apa pun peti ais, kami tak nak memenuhkannya lagi, beli sekadar perlu.   Cik Q kata tak nak penuh2 supaya peti ais lebih nampak kemas.. tapi bagi Mama pulak.. supaya tak pening jika kejadian ini berulang lagi.  Nauzubillah.

Antara solution lain yg boleh anda buat jika berlaku kejadian ini ialah beli eski dan beli air batu di servo.   In fact..  kat sini sebenarnya banyak je peti ais free sebab ramai org suka buang depan rumah.   Tapi antara anda nak dengan tak nak je lah.    BTW ianya bergantung pada jadual pembuangan di setiap taman perumahan.     

p/s :.   Patut lah peti ais ni mengeluarkan bunyi yang menakutkan suatu masa dulu.



10 comments:

  1. Gelabah juga kalau tetiba peti ais rosak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Linda - Betul. Immidiately beli baru bila dah tak boleh diselamatkan lagi.

      Delete
  2. haritu pun petiais kat umah kurang sejuk igtkan da nk rosak sb da lama berbakti.pastu clear n buang mna xptt, skli kembali sejuk...alhamdulillah

    ReplyDelete
  3. kisah seram ni kalau tetiba rosak... kalau beli terus delivery ok jugak no prob tp kalau mcm ni mmg ke rumah mak dan adiklah jawabnya sy di sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Mim - Kalau rumah siblings dekat tak akan jadi seram.. hihi.

      Delete
  4. idea taknak penuhkan peti ais tu mungkin sebentar aja semasa tengah paranoid ni...lepas hilang perasaan tu ahaksss..sendirilah ingat

    ReplyDelete
  5. Memang lah kulkas tuh pentiiiing sangat yaa, trutama utk daerah yg panas atau saat summer 😄. Saya nyaris mengalami kak, tapi nasib baik tiba2 berfungsi balik. Dan memang pasti pusiiiing lah kalo kulkas rusak, dan isi banyak pula 😅. Nak simpan mana.

    Tak terbayang saya semuanya harus di masak agar tak mubazir 😅. Saya Tak tahu sistem di Perth, tapj kalo Malaysia dan Indonesia, rasanya beli kulkas langsung di mall bisa datang saat itu juga. Kecuali kalo memang beli online.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fanny - Mungkin ada kedai2 lain yang bisa delivery langsung tapi tidak sempat cari..kerna di Perth jam 4.00 pm kedai sudah tutup.

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.