Tuesday, January 23, 2024

Random photo : Pisang dan kisah sedih

Assalamualaikum Puan2..

Gambar yg dipilih untuk random photo malam ni ialah PISANG...kerana tersembunyi kisah sedih di sebaliknya.

Pernah tak duit jajan anak anda tetiba menyusut?. Dalam retrospektif melalui post-post lama ketika Mr Big Boss masih kecil, 'penyusutan duit jajan'  sememangnya tidak asing lagi.. dan telah dikenal pasti kerana waktu itu beliau suka memberi jawapan yg jujur.

"Shashal bagi kawan.". 

Ketika itu mungkin beliau just  suka2 je bagi (duit) pada kawan sebab masih kecik lagi tapi di peringkat high school di Australia, terbongkarlah sebuah kisah yang menyayat hati.





Kisah sebijik pisang mendedahkan satu realiti pahit.  An apple a day keeps the doctor away.. tapi ni versi pisang.   Pisang yang menjadi taruhan untuk mengekalkan tenaga si kawan kekal bertenaga di sekolah dan ketawa ceria seperti anak2 lain akibat masalah kewangan keluarganya.


Ketika dipelawa oleh Mr Big Boss untuk berkongsi makanan (sama ada makanan kantin atau yg ai masakkan bekal), dengan penuh keikhlasan, si kawan menjawab,

"No worries, I'll eat this (banana) and just savor the scent of your food. It's enough for me".

 (Tidak mengapa, saya akan makan pisang ini dan hanya menikmati aroma hidanganmu sudah memadai untuk buat saya kenyang.)

Ia diucapkan dengan penuh ikhlas dan redho oleh si kawan, membuatkan air mata Mama menitis mendengarkannya meski kisah ini diperdengarkan oleh orang lain, bila mana Mama tercari2 jawapan kenapa Big Boss dinobatkan sebagai student yang paling banyak membantu teman2 sekeliling waktu hari anugerah tempohari.   

Doa Mama moga Mr Big Boss terus menjadi insan yg berguna di masa2 hadapan dan tercapai segala cita-citanya.  Aamiin Ya Robbal Alamin.


p/s :. Puan2, jika buat bekal untuk anak, lebih2kan la.. kot2 ada anak2 yg susah spt kawan anak ai ni.   

10 comments:

  1. Begitulah. Biasanya kalau ammi berkesempatan prepare bekal anak mmg buat lebih. Kalau bawa nuggets or sausages lagilah lebih sbb itu mmg kesukaan budakkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Ammi.
      Syukurlah masih ada peluang untuk berbakti pd masyarakat.

      Delete
  2. Saya bacanya pun terharu 😭. Memang ada parents yg kadang tak mampu bawakan bekal cukup untuk anaknya kan. Di sekolah anak saya ada beberapa yg seperti itu. Tak diksh uang jajan juga . Sedih kalo dengar cerita si bungsu ttg itu.

    Semoga anak kakak tetap jadi anak yg murah hati yaa, 🤗❤️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fanny - Ya. Sedih amat. Sama-sama kita doakan moga nasib mereka berhujung dengan kejayaan dan bisa mengubah nasib keluarga.

      Delete
  3. Alhamdulillah Big Boss jadi seorang sangat pemurah.
    Takpelah duit susut kerana ini. Kalau susut kena curi memang patut kena bimbang.

    ReplyDelete
  4. Macam tu jugak SA masa dania sekolah rendah dan sekolah menengah..memang lebihkan especially kalau buat sandwich..kalau tak habis bagi kawan- kawan..x kisah yang siapa pun awak nak bagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. SA - Alhamdulillah. Time primary & secondary tu la biasanya terjumpa anak2 dari golongan2 yg memerlukan.

      Delete
  5. Allahu.. sedihnya.. i feel u... saya memang bekalkan 1 tupperware lebih untuk anak no 3... bila x ada buat lebih rasa bersalah pulak... kwn² si anak ni jenis x bawa bekal ke sekolah bawa duit je... tu la kadang-kadang mtk sedikit mknn anak sy sbb teringin... bila bawak lebih ya allah bersungguh depa mkn... jadi syok pulak ibu bawak bekal lebih utk depa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Mim - tu la.. dah jd "trauma" plak kami bila tiap kali nampak pisang. 😭.
      Good job Kak Mim!. Teruskan usaha2 yg baik itu.

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.