Tuesday, March 5, 2024

Akibat Tak Putus Asa

 "Jangan mudah percaya pada omongan orang lain," 


Sebulan lalu, saya menghantar dua helai kain untuk baju raya kepada tukang jahit. Usai memberikan lakaran patern kepadanya, satu sosok yang mengaku sebagai Boss kepada Tukang Jahit muncul di luar kedai. Tanpa berfikir panjang, saya menceritakan tentang kain yang saya hantar kepadanya. Namun, penyesalan melanda sebab ramah tak kena tempat... apabila ucapan bossnya ini lain pula, beliau menegaskan kain itu tidak akan siap sebelum raya dan sepatutnya dah close order pun.   

Apa ni?.  Tadi Tukang Jahit kata masih ok lagi?. Tu la.. silap sendiri, sepatutnya saya berlalu pergi tanpa menoleh pun kepadanya, so tak perlu mendengar semua percakapan yang membingungkan ini.  Kekeke.  (Bingung la sangat.. 👻).


Sekadar gambar hiasan, tiada kena mengena dgn entri.  Ini semasa shopping di Tanah Abang.




BTW, walaupun disarankan untuk mengambil semula kain tersebut, saya tetap kekal sabar dan memberikan kepercayaan kepada tukang jahit itu.

Beberapa minggu kemudian, saya tergerak hati untuk melihat progress baju raya tersebut. Tanpa harapan yang tinggi, saya singgah di butik itu at least untuk bertanya khabar Tailor yg baik hati itu. 

Namun, yang terlihat adalah.... jeng jeng jeng!! kebaya cantik yang telah siap dipamerkan di dinding. Masya Allah, bukan saja siap sebelum raya, malah sebelum puasa. Keadaan ini membawa kegembiraan kepada saya dan saya rasa saya "menang".  Hehe.

Moral dari kisah ini adalah, jangan mudah percaya pada omongan orang lain, teruskan usaha dan percaya kepada diri sendiri.

6 comments:

  1. dan Boss kepada tailor tersebut...silalah percaya pada kemampuan tailor awak. Dia yang menjahit bukan awak!

    ReplyDelete
  2. waaa dah siap baju raya sebelum puasa..hihi tahniah MM

    ReplyDelete
  3. waaahhhhh kita beroleh kemenangan yanggg ketigaaa! hehehe

    ReplyDelete
  4. Hebaaat tailornya. Saya sebenernya Amazed dengan beberapa tailor yg bahkan bisa menjahit dlm hitungan jam. Soalnya ada beberapa tempat tailor di sini, tapi biasanya jahit jas lelaki, dan bisa dalam hitungan jam saja. 6-7 jam begitulah. Dia garansi pula. Jadi mungkin utk beberapa jenis pakaian, memang lah bisa dibuat cepat kan, kecuali orderan mereka sedang banyak sangat 😄

    ReplyDelete
  5. ini yang berlalu dalam banyak institusi x kisah bidang apa bila orang yang lebih berkuasa tiada sedikit kepercayaan kepada pekerja ka...alhamdulillah dah siap bajunya...mesti cantik

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah , mujur dapat khabar berita yang menggembirakan . Baju dah siap boleh pakai raya nanti .

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.